suria

“Bukan gimik... Bukan juga bayangan mengenai hubungan cinta dengan Ernie” - Syamel

Posting yang dimuat naik Syamel hanya untuk memberitahu peminat mengenai lagu terbaharunya.

PENYANYI Syamel menyangkal dakwaan petikan ayat berbaur romantik yang dimuat naik di Instagram adalah bayangan tentang hubungannya dengan penyanyi Ernie Zakri.

Sebaliknya kata Syamel, 25, posting tersebut merupakan lirik lagu terbaharunya, Kau Pun Sama dan tujuan dia memetik (tag) nama Ernie kerana penyanyi itu turut bekerjasama menghasilkan lagu berkenaan.

"Bagi saya, apa yang saya buat ini lebih kepada sesuatu yang saya nak beritahu orang tapi secara tidak langsung.

"Hanya untuk jadikan benda itu lebih menarik dan mencabar. Jelasnya posting itu merupakan lirik lagu terbaharu saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Syamel Panggil Sayang? Keluarga Ernie Pula Kecewa

Tindakan Syamel memetik (tag) nama Ernie di foto tersebut telah menimbulkan pertanyaan di kalangan netizen.

"Saya tag (petik) nama Ernie sebab dia turut bekerjasama menghasilkan lagu itu," kata Syamel kepada mStar Online.

Tindakan Syamel memetik nama Ernie di posting tersebut tanpa menyertakan sebarang penjelasan menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen.

Malah, ada juga segelintir daripada mereka berangggapan pasangan itu bakal tampil dengan lagu duet terbaharu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Hidup Dalam Mati ini memberitahu lagu tersebut bukan lagu duet bersama Ernie.

Dalam pada itu, Syamel memberitahu tindakan dia memuat naik posting tersebut tanpa memberi sebarang penjelasan bukan gimik untuk mempromosikan lagu itu.

Ernie turut bekerjsama dalam menghasilkan lagu terbaharu Syamel.

Kata Syamel, masyarakat perlu ada pemikiran yang luas dan tahu membezakan gimik yang tidak sepatutnya dengan perkara yang dilakukan secara tidak langsung.

"Saya berasa seronok apabila membaca beberapa komen netizen yang tahu itu adalah lagu terbaharu saya. Sebab saya pun dah lama tak keluarkan lagu.

"Tapi pada mereka yang beranggapan ini adalah sebuah gimik, bagi saya, minda harus dibuka luas.

"Kita perlu tahu membezakan gimik apa yang tidak patut buat dengan sesuatu perkara yang kita lakukan secara tidak langsung," katanya.

Lagu Kau Pun Sama itu dilancarkan di saluran YouTube pada pukul 2 petang, Jumaat.

Syamel, Ernie Zakri

Artikel Lain