suria

Diminta 'pergi mampus', Haqiem Rusli anggap kata cacian pengukur kematangan seseorang

Haqiem anggap setiap perbuatan yang dilakukan menunjukkan kematangan seseorang itu.

PENYANYI Haqiem Rusli memberitahu tidak mengambil peduli apabila ada segelintir pihak yang ingin membenci, mengutuk atau pun menghinanya.

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 20, berkata, dia menganggap setiap kata-kata cacian terhadapanya sebenarnya menunjukkan kematangan seseorang itu.

"Biarlah siapa yang nak benci saya, kutuk serta hina. Asalkan saya tak ada kacau orang.

"Kadang-kadang perbuatan mereka tu menunjukkan siapa lebih matang. Bagaimanapun, terima kasih.

Haqiem tidak kisah sekiranya ada yang membencinya.

"Aku akan cuba keluarkan lagu-lagu yang berkualiti," tulis Haqiem menerusi laman Twitter miliknya.

Haqiem berkata demikian bagi membalas tweet peminat yang mendengar kesemua lagunya selepas penyanyi Noh Hujan mengeluarkan kenyataan 'Pergi Mampus Haqiem Rusli'.

Noh menyebut kata-kata itu ketika mengadakan persembahan bersempena Love Suria Charity pada baru-baru ini dan mencetuskan perbalahan antara peminat mereka.

"Kenyataan 'Pergi mampus Haqiem Rusli' buat aku layan semua lagu dia malam ni. The whole playlist.

"Punyalah melekat feel dan vokal pun sedap untuk setiap lagu. Tolong jangan bunuh minat dia.

"Suka atau tidak, lagu dia ada di semua carta. Ini era HR!" tulis pemilik akaun bernama @lalanzanudin.

Sebelum ini, Noh pernah menyuarakan pendapatnya mengenai isu depresi Haqiem yang didakwa hanyalah untuk melariskan album terbaharunya.

Haqiem Rusli, Noh Hujan

Artikel Lain