Suami perlu jaga anak jika Yana Samsudin berlakon - Hiburan | mStar

Suami perlu jaga anak jika Yana Samsudin berlakon

Yana Samsudin bersama suaminya Fadzil dan anak mereka.

PELAKON dan pengacara Yana Samsudin memberitahu dia akan meminta keizinan suaminya Fadzil Zahari terlebih dahulu jika menerima tawaran sesebuah drama.

Yana, 34, berkata, ia berikutan komitmen yang tinggi dalam penggambaran itu memerlukan dia meminta suaminya untuk memberi perhatian terhadap keluarga dan perniagaan mereka.

"Saya masih berlakon tapi tidak seperti dahulu, saya baru sahaja selesai penggambaran telefilem berjudul Lamaran Perfect yang bakal disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Sebelum terima tawaran ini saya minta izin dari suami dahulu sama ada dia membenarkan atau tidak kerana jika saya ambil tawaran itu saya perlu masa dua minggu untuk fokus.

"Dalam masa penggambaran saya tidak mahu diganggu dan Fadzil yang akan bertanggungjawab untuk uruskan anak dan perniagaan," ujarnya kepada mStar Online.

Yana Samsudin

Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin mengakui berat untuk dia menerima tawaran berlakon seperti dahulu selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Yana berkahwin dengan adik kepada Farid Kamil itu pada 13 Februari 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Aisy Mateen yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, pelakon Adnan Sempit  ini berkata, dia lebih selesa menerima tawaran sebagai pengacara.

Dia yang kini pengacara The Wow Shop bagi tahun kedua mengakui ia lebih fleksible dengan masanya sebagai wanita berkeluarga.

"Saya pengacara tetap untuk The Wow Shop di TV3 dan TV9 bagi tahun kedua. Ia hanya bersiaran dua kali seminggu sahaja," ujarnya.


Yana Samsudin

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain