Wartawan TV3 menyanyi lagu raya ketika liputan langsung jadi tular, turut dikritik - Hiburan | mStar

Wartawan TV3 menyanyi lagu raya ketika liputan langsung jadi tular, turut dikritik

Amirulhakim Lokman

AKSI seorang wartawan TV3 iaitu Amirulhakim Lokman berjaya mencuri tumpuan penonton apabila gaya penyampaian yang santai menjadi tular di media sosial dan tak kurang juga dikritik.

Amirulhakim yang melaporkan tinjauan orang ramai pulang ke kampung halaman dari Terminal Bersepadu Selatan untuk Buletin 1.30 pada Sabtu itu sambil menyanyi lagu Indahnya Beraya Di Desa nyanyian asal Azlina Aziz heboh dikongsi di Twitter sejak petang Sabtu. 

Seorang pengguna @ezhar_ehsan sempat merakam aksi tersebut dan memuat naik di laman sosial miliknya sambil bertanya sama ada wartawan tersebut berada dalam keadaan baik atau tidak. 

“Wartawan TV3, kau OK tak bro?” tulisnya. 

Status pengguna Twitter menjadi tular petang Sabtu.

Status tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dengan lebih 8,000 perkongsian dan 5,000 tanda suka. 

Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan gaya santai itu dan menganggap ia sebagai cara dan pendekatan baharu daripada stesen tersebut ketika membuat laporan langsung. 

Sementara itu, Amirulhakim menerusi Twitter miliknya turut mengucapkan terima kasih terhadap komen positif penonton. 

“Saya okay sahaja bro @ezhar_ehsan , terima kasih. Alhamdulillah, dapat juga saya hiburkan penonton dengan suasana gembira perantau pulang untuk menyambut lebaran yang saya selitkan dengan laporan berita berkonsepkan santai dan padat dengan informasi semasa,” tulisnya. 

Aksi itu turut dipersoalkan bekas penyampai berita TV3.

Bagaimanapun, cara tersebut dipersoalkan bekas penyampai berita TV3 iaitu Saiful Nizam Ismail yang menganggap ia sebagai pelik dan kurang sesuai. 

“Wartawan sekarang sudah boleh sertakan nyanyian dalam stand upper. Tak tau nak suka atau rasa pelik,” tulisnya di Instagram. 

Sementara itu Amirulhakim berkata, penyampaian tersebut dilakukan bersesuaian dengan konsep dan suasana pulang beraya. 

Tambahnya, Saiful Nizam sewajarnya memberi teguran secara peribadi berbanding terbuka di media sosial.

“Dia kurang faham dengan pengisian laporan serta konsep yang saya bawakan. Santai, padat dan bersahaja dengan suasana kemeriahan pulang beraya. 

“Jika dia bertindak secara pro dan bijak, dia seharusnya tegur saya secara peribadi, bukan mengaibkan. Semoga dia dirahmati, Amin,” ujarnya. 

TV3 , Wartawan TV3

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini