Sakinah berlakon kelakar nak mampus, kalau juri nilai boleh menang - Hiburan | mStar

Sakinah berlakon kelakar nak mampus, kalau juri nilai boleh menang

Sharifah Sakinah

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Shiera memberikan kata-kata semangat buat adiknya, Sharifah Sakinah yang tidak berjaya memenangi anugerah Meletop 2018.

Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, berkata dia tidak mengetahui cara untuk mengundi secara dalam talian menyebabkan Sakinah gagal membawa pulang trofi.

Menurut Shiera lagi, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu mampu untuk memenangi anugerah tersebut jika ia dinilai oleh juri profesional.

"Tahun lepas adik aku berlakon memang kelakar nak mampus. Kalau pakai juri profesional kau menang. Undi... memang tak dapat nak tolong sebab aku tak reti.

Kata-kata semangat untuk Sakinah.

"Dan tak ada masa nak mengundi. Tapi kau memang kelakar. Tak ada orang boleh berlakon idea macam itu.

"Otak bijak, berlakon bodoh-bodoh. Teruskan mewarnai dunia seni. Bagi orang gembira," kata Shiera menerusi laman Instagramnya.

Sakinah pertama kali dicalonkan dalam kategori Pelakon Lawak MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kategori tersebut telah dimenangi oleh pelakon dan pelawak Zizan Razak menerusi filem Abang Long Fadil 2.

Shiera  (tengah) bersama Sakinah dan ibu mereka.

Tambah Shiera, dia mengikut kata-kata pelakon dan pengarah Sabri Yunus atau dikenali menerusi watak dalam drama Pok Ya Cong Codei yang mengatakan setiap lawak itu memerlukan pembohongan.

Malah pelakon drama bersiri Coffee Prince ini berharap Sakinah tidak akan pernah berputus asa untuk menghiburkan peminatnya.

"Bak kata Pak Ya Concode, lawak kena bohong. Aku pun kalau bab undi memang kalah. Buta teknologi nak mengundi.

"Tapi jangan pernah putus asa untuk menghiburkan. Buat saja sampai tak larat," katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Malah, mereka juga memuji lakonan Sakinah yang bersahaja.

Sharifah Sakinah , Shiera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL