suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa Jumpa Jem Dapat RM1,000 Dari Fazura

Kucing kesayangan Fazura bernama Jem hilang sejak beberapa minggu lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Fazura meminta bantuan orang ramai untuk mencari kucing kasayangannya yang disedari hilang beberapa minggu lalu.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin ini turut menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui kucing berkenaan.

"Masih hilang!, tolong cari kucing saya, kali terakhir kelihatan di Parkville Sunway Damansara RM1,000 ganjaran menanti anda)," tulisnya.

Tawaran RM1,000 bagi yang menjumpai Jem.

Sementara itu, Fazura berkata, kucing yang bernama Jem itu merupakan haiwan kesayangan keluarga mereka yang hilang di rumah keluarganya di sini.

Selain itu, Fazura meminta bantuan tersebut berikutan kawasan tempat tinggal keluarganya tidak boleh menampal sebarang poster untuk tujuan mencari kucing tersebut.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubunginya menerusi mesej peribadi di Instagram.

"Kami sayang Jem dan sangat merinduinya," tulisnya.

Fazura

Artikel Lain