suria

Kenapa Farid Padam Foto Tun M, ‘Like’ Gambar Sofi Ditahan?

Farid memadam foto Tun Mahathir yang dimuat naik pada Januari lalu.

PETALING JAYA: Tindakan Datuk Farid Kamil memadam foto bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimuat naik olehnya bulan lalu menjadi persoalan netizen.

Foto dengan kapsyen memuji tokoh pemimpin itu disedari sudah dipadam selepas pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu dibebaskan daripada tahanan reman pada 16 Januari lalu.

"Sedih dengan apa yang terjadi sebenarnya antara kamu dan Sofi Jikan? Kenapa lepas kejadian anda padam gambar dengan Tun M?

"Kenapa padam gambar puji Tun M?, must be something," tulis salah seorang netizen pada foto terbaharu yang dimuat naik aktor itu pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN Masukkan Dadah Dalam Minuman Farid, Taj (Innuendo) Diminta Tampil

Pada 4 Januari lalu Farid mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto Tun Mahathir dengan kapsyen berbunyi " Public Figure No1... Berwawasan 2020-20 infinity.

Pelbagai pertanyaan diaju netizen di foto Instagram Farid Kamil.

Bagaimanapun, ia mendapat reaksi berbeza peminat yang setuju dan tidak dengan kapsyen tersebut.

Selain itu, segelintir netizen bertanya niat sebenar dia membuat laporan terhadap rakan baiknya sendiri iaitu pelakon Sofi Jikan.

Pada Rabu lalu, Sofi, 48, ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Sementara itu, Farid memberikan tanda suka (like) pada foto dan video di Instagram Sofi khusunya untuk foto ketika dikenakan perintah reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu lalu yang menjadi tanda tanya netizen.

Antara foto-foto ketika Sofi di Mahkamah Petaling Jaya yang dimuat naik adiknya Shaiful Jikan.

Namun, sehingga kini aktor itu tidak menjawab dan memberi sebarang reaksi terhadap perkara tersebut.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

Farid Kamil, Tun M

Artikel Berikut

Lagu Dah Ada Cuma Tunggu Fathia

Artikel Lain