Anda Kirim Doa, Elfira Baca Depan Kaabah - Hiburan | mStar

Anda Kirim Doa, Elfira Baca Depan Kaabah

Elfira kini berada di Makkah untuk menunaikan umrah pertama. Foto Instagram @elfiraloy.

PELAKON Elfira Loy yang kini berada di Makkah memberitahu jika sesiapa yang ingin memanjatkan doa untuk dibaca depan Kaabah boleh berbuat demikian menerusi laman Twitternya.

Pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, berkata, dia tidak meminta apa-apa pun sebagai balasan namun hanya mahu semua orang saling menyayangi satu sama lain tanpa menyakitkan sesiapa.

"Assalamualaikum semua, alang-alang saya di sini, sesiapa yang ingin panjatkan doa, retweet dan tulis doa, saya akan baca depan Kaabah, Insya-Allah.

Elfira mahu melihat semua orang saling menyayangi satu sama lain.

"Sebagai balasan, tak banyak yang saya minta, kita sayang satu sama lain sebagai manusia okey? Jangan sakitkan hati antara kita, Amin," tulis Elfira menerusi laman Twitternya.

Manakala menerusi laman sosial tunang kepada penyanyi Sufian Suhaimi itu terbang ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada Khamis.

Dalam pada itu, Elfira juga meluahkan rasa gembira dan sebak apabila dapat menyelesaikan umrah pertamanya biarpun ketika itu dia bukan dalam keadaan suci.

Elfira tunai umrah.

"Sebak kerana terlalu gembira jarang-jarang ada rasa di hati. Terima kasih Ya Allah kerana menjemputku di sini. Saya rasa lebih banyak terisi, Alhamdulillah.

"Saya sudah selesai umrah pertama pada Khamis malam Jumaat atas izinNya. Ia satu keajaiban apabila saya boleh lakukan umrah semalam sebab saya bukan dalam keadaan suci.

"Berkat doa, zikir sepanjang jalan dan usaha, Allah Maha Besar, dapat juga umrah pertama diselesaikan. Sebak, terlalu sebak," tulisnya.

Elfira Loy , Makkah , Umrah

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia