suria

“Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah

Ezzaty sudah dibenarkan pulang pada Jumaat selepas lima hari di hospital. Foto Instagram: @ezzatyabdullah @azwankombos.

PELAKON Ezzaty Abdullah mendedahkan sepanjang lima hari berada di hospital pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhnya.

Ezzaty, 28, berkata dia sangat bersyukur memiliki suami, Azwan Kombos yang berkorban dan sentiasa berada disampingnya.

Pelakon drama Hello Mr.Perfect ini juga memberitahu dia sudah dibenarkan pulang pada Jumaat selepas melakukan pembedahan pada 29 Januari lalu.

"Alhamdulillah Jumaat yang penuh barakah ini saya dapat discharge dari hospital. Lima hari saya berada di hospital pelbagai dugaan dan cabaran saya tempuhi.

"Sakitnya hanya Allah dan orang yang pernah alami saja yang tahu. Terima kasih juga pada suami saya yang sentiasa bersama saya membantu saya di sini.

Ezzaty bersyukur penyakitnya sudah sembuh.

"Pengorbanan suami saya sepanjang saya berada di sini sangat saya sanjungi dan terharu," kata Ezzaty menerusi laman Instagramnya.

Sakit Sejak 10 Hari, Ezzaty Alami Nanah Payudara

Menurut laporan mStar Online pada 29 Januari lalu, Ezzaty terpaksa melakukan pembedahan di Pusat Perubatan Pusrawi, Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap penyakit Breast Abscess (nanah payudara).

Kata Azwan, isterinya ada mengadu sakit di bahagian dada sepuluh hari lalu dan pernah dibawa mengurut serta jumpa doktor di klinik namun masih tidak ada perubahan.

Dalam pada itu, Ezzaty juga mengucapkan terima kasih kepada doktor pakar yang merawatnya iaitu Dr Razifah, jururawat dan semua peminat yang tidak putus mendoakannya.

Get well soon @ezzatyabdullah #day2 #doakan #supergirl

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos) on

Berkat doa dan kehadiran ahli keluarga memberi kekuatan buat Ezzaty untuk bertarung dengan penyakitnya.

"Alhamdulillah atas bantuan dari Allah, pakar Dr Razifah dan semua jururawat di Pusrawi juga saya dah sembuh.

"Jutaan terima kasih juga atas doa awak semua yang tak putus-putus untuk saya. Berkat doa awak semua juga menguatkan saya untuk terus bertarung di sini.

"Ahli keluarga yang datang melawat saya juga banyak memberi kekuatan pada saya. Ibu bapa saya juga hari-hari buat solat hajat untuk saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah," ujarnya.

Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain