suria

Berat Bertambah, Raja Farah Disangka Hamil

Berat badan bertambah bukan sebab hamil. Foto QARAMI HASHIM

GARA-GARA pertambahan berat badan, ada yang menyangka pelakon Raja Farah kini sedang berbadan dua.

Menurut Raja Farah, 29, tubuhnya sedikit berisi bukanlah disebabkan hamil tetapi kerana kesan menyusukan anaknya, Imran Iskandar yang berusia dua tahun.

"Saya mengakui berat badan bertambah tapi bukan sebab mengandung. Mungkin sebab anak masih menyusu badan, tu punca cepat naik.

"Saya belum bercadang lagi untuk menurunkannya, buat sementara waktu biarlah begini dulu," katanya kepada mStar Online.

Raja Farah akui berat badannya bertambah.

Raja Farah ditemui semasa Media Prima TV Screening 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata dia dan suami, Iskandar Ismail tidak merancang dalam soal menambah cahaya mata.

"Soal tambah anak memang tak pernah rancang. Kami sentiasa bersedia dan tak kisah jika dikurniakan ramai anak.

"Bagaimanapun itu semua bergantung kepada rezeki dan jika ada kami terima dengan gembira," katanya.

Terdahulu, Raja Farah menerusi sebuah portal hiburan memaklumkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun lalu.

Raja Farah bersama suami, Iskandar dan anak, Imran.

Pelakon filem Aku Masih Dara ini berkata keguguran itu berkemungkinan kerana dia terlalu aktif dengan aktiviti seni dan perniagaan.

"Selepas ini kalau mengandung lagi, saya kena perlahankan kerja sehinggalah kandungan benar-benar kuat.

"Soal lakonan, saya agak selektif dalam memilih tawaran kerana anak masih kecil. Kalau ada tawaran saya akan merujuk kepada suami terlebih dahulu," jelasnya.

Raja Farah dan Iskandar, 35, berkahwin pada 6 September 2015.

Raja Farah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain