suria

Tak Bayar Ganti Rugi, Diminta Pula Menipu - Caprice

Caprice berang pihak yang tidak bertanggungjawab memintanya untuk menipu. Foto Instagram: @caprice.

PENYANYI rap Caprice meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila pihak pengurusan kondominium dan kontraktor yang merosakkan kereta miliknya meminta dia untuk menipu pihak insurans.

Caprice juga mempunyai bukti pihak tersebut cuba menyakinkan dia untuk berbohong bagi mendapatkan wang dengan cepat.

"Saya benci bila perlu jadi seperti ini. Pada bulan November lalu, mereka merosakkan kereta saya sebab kantraktor yang mengecat kondominium tidak mengikut prosedur yang betul.

Laporan polis yang dibuat Caprice.

"Kemudian pada keesokan hari mereka sengaja menutupi semua kereta lain di blok saya dan meletakkan jaring hijau untuk kelihatan seperti mereka sebenarnya melakukan tugas dengan betul.

"Akhirnya pihak pengurusan dan kontraktor meminta saya untuk berbohong kepada pelindung insurans dan mengatakan kereta saya dilindungi dan terdapat jaring diletakkan di bahagian belakang kereta.

"Bagi membantu mendapatkan wang saya lebih cepat. Saya juga telah mencatatkan dan membuktikan mereka cuba meyakinkan saya untuk berbohong dan juga bukti pekerja di blok saya tidak profesional," kata Caprice.

Keadaan kereta mewah milik Caprice yang dipenuhi cat kekal.

Caprice juga telah membuat laporan polis terhadap dua pihak tersebut yang tidak mahu bertanggungjawab atas kecuaian mereka.

Penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace ini memuat naik foto laporan tersebut dan perbualan bukti di laman sosial pada Khamis.

Tambah Caprice lagi, mereka hanya dapat membayar sebanyak 80 peratus daripada kerosakan dan selebihnya dia perlu menanggung sendiri.

Bagaimanapun, Caprice sudah membaiki keretanya dengan menggunakan duit sendiri dan dia akan menunggu di hadapan kondo tersebut dengan peralatan cat sehingga mereka membayar semua kerugian yang dialami.

Caprice tampil dengan bukti. 

"Oh dan tambahan pula, mereka kata mereka hanya dapat bayar 80 peratus daripada kerosakan. 20 peratus saya perlu tanggung sendiri. Untuk apa?

"Untuk letak kereta saya sendiri di tempat letak kereta saya sendiri? Saya telah membayar ganti rugi menggunakan duit sendiri.

"Esok saya akan pegang peralatan mengecat di depan kondo Duta Menara sehingga mereka bayar semua ganti rugi. Saya bersabar dan cuba jadi baik pada mulanya tetapi inilah yang saya dapat," tulisnya.

Terdahulu, Caprice berkongsi foto kereta mewah jenis Dodge Challenger miliknya dipenuhi tompok cat kekal yang digunakan untuk mengecat dinding bangunan ketika kerja-kerja penyelenggaran pada November tahun lalu.

Caprice

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain