suria

Jangan Tanya Erra, Tanyalah Shahir

Erra enggan mencampuri urusan berbangkit melibatkan Shahir.

KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira tidak campur tangan dalam hal-hal berbangkit berkaitan isu peribadi penyanyi Shahir yang kecoh diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Erra atau Fazira Wan Chek, 44, berkata, walaupun dia berkawan rapat dengan Shahir, dia tidak pernah ambil peduli mengenai hal-hal peribadi naib juara Akademi Fantasia ke-8 (AF8) itu.

Malah, Erra menegaskan, isu kontroversi membabitkan Shahir adalah lebih baik diajukan kepada penyanyi itu sendiri.

"Memang kami masih berkawan macam biasa namun sepanjang dengan dia saya tidak pernah mencampuri atau ambil pusing mengenai hal peribadinya.

“Jangan Jadi 'Fake' La Shahir” – Mona Syamimi Turut Terima Mesej Romantik

Nama Shahir terpalit dengan pelbagai isu.

"Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan untuk apa-apa isu mengenai dirinya kerana apa juga masalah membabitkan dia biarlah dia jawab sendiri," katanya kepada mStar Online.

Erra diminta mengulas mengenai dakwaan yang kembali tersebar mengatakan Shahir masih belum melangsaikan hutang-hutang lama.

Erra berkata, dia juga tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai status hubungan mereka atas sebab kedudukannya sebagai seorang wanita dan ibu.

"Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita.

"Untuk lebih lanjut tiada apa yang dapat saya ulas lagi. Selebihnya biarlah dia yang jawab sebab dia lelaki," katanya.

Erra kini bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, MindOrder Management.

Dalam pada itu Erra mengumumkan dirinya baharu saja bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, MindOrder Management bermula bulan ini.

"Selama 25 tahun menceburi bidang seni, ini adalah pertama kali saya bernaung bawah sebuah syarikat pengurusan.

"Saya teruja untuk menyertai mereka kerana beberapa perancangan besar yang disusun untuk kerjaya saya tahun ini. Malah, mereka juga membantu dalam penjenamaan dan produk saya," katanya.

Selain Erra Fazira, syarikat berkenaan turut menguruskan beberapa artis lain antaranya Fasha Sandha, Nadzmi Adhwa, Nazrief Nazri, Elvina Mohamad dan Eyka Farhana.

Erra Fazira, Shahir, AF8

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain