Lagu Rahimah Rahim Untuk Simpanan 'Library' - Hiburan | mStar

Lagu Rahimah Rahim Untuk Simpanan 'Library'

Rahimah Rahim mahu menjadikan lagu-lagu nyanyiannya sebagai simpanan di 'library'.

BUKAN nak bersaing! Tiga patah perkataan itu memperlihatkan betapa pemilk nama Rahimah Rahim ini benar-benar berbeza berbanding segelintir penyanyi lain.

Sebab itulah, dia mampu mengekalkan popularitinya walaupun sudah lebih 11 tahun tidak merakamkan lagu.

“Saya buat lagu bukan untuk bersaing tetapi untuk simpanan atau menjadikannya library sahaja,” katanya.

Rahsia Cergas Rahimah Rahim Pada Usia 60 Tahun

Ujar Rahimah dia juga tidak menyimpan perasaan kecewa jika karya yang dihasilkan tidak mendapat sambutan walaupun terpaksa mengeluarkan jumlah tertentu untuk menghasilkan lagu.

Tambah wanita berusia 62 tahun ini, selama 11 tahun tidak mempunyai buah tangan buat peminat, ia bukan bermakna dia sudah tidak aktif sebaliknya masih menyanyi dan berlakon untuk drama televisyen di Singapura.

Rahimah Rahim masih lincah membuat persembahan pada usia 62 tahun.

Sehinggalah pada tahun ini dia berpeluang merakamkan singe Geleas-Gelas Cinta yang tuurt menyuntik genre muzik masa kini selain mempunyai elemen negeri Kelantan.

Kali terakhir Rahimah muncul dengan album kompilasinya pada tahun 2006 namun sebelum itu pada 1989, dia menghasilkan album berjudul Doa.

Katanya, kemunculan terbaharu membawa sedikit perubahan dalam genre muzik bersesuaian dengan tuntutan peminat masa kini.

“Menariknya single ini ada elemen Kelantan yang sepatutnya dinyanyikan oleh pemnyanyi dikir barat iaitu Megat Nordin tetapi dia tidak sihat semasa merakamkan lagu itu. Jadi rangkap lagu sepatutnya arwah nyanyikan, terpaksa dilakukan oleh saya,” katanya.

Tambah Rahimah lagi dia berasa sedih tidak dapat berkolaborasi dengan Megat yang meninggal dunia pada 27 Oktober lalu walaupun penyanyi itu sudah ke Kuala Lumpur sebulan sebelum kematiannya.

Dalam pada itu berkongsi keadaan dirinya yang masih lincah pada usia 62 tahun Rahimah berkata, dia tiada apa-apa pantang larang sebaliknya kurang mengambil nasi namun banyak menikmati sup.

“Petua lain yang penting, be humble (merendah diri) dan jangan belakangkan agama. Ketika lima waktu (melakukan solat) minta ampun pada Allah. Ayah saya juga berpesen semasa kita hidup, jangan susahkan orang,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak dan tiga orang cucu.

Jelas Rahimah, selepas dia meninggalkan kerjayanya di sebuah syarikat guaman di Singapura pada April lalu, dia kerap menjadi jurulatih kelas vokal selain mempromosikan Gelas-Gelas Cinta yang dicipta Fauzi Marzuki dan lirik tulisan Siso.

Rahimah Rahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isteri Aliff Syukri Hamil, Tuah Anak Angkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain