suria

Isteri Aliff Syukri Hamil, Tuah Anak Angkat

Aliff Syukry dan isterinya Nur Shahida. Foto: SHAARI CHEMAT.

KUALA LUMPUR: Pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi berita gembira apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kini sedang hamil tiga bulan.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, berkata dia sudah lama mengimpikan zuriat yang ramai dan tidak sangka mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang angkat baru-baru ini.

“Alhamdulillah, isteri saya kini sedang mengandung tiga bulan. Saya memang dah lama impikan anak yang ramai.

“Tak sangka selepas ambil dua orang anak angkat, Ameena dan Qayyum, isteri saya disahkan hamil,” kata Aliff kepada mStar Online.

Aliff ditemui ketika sidang media pelancaran single terbarunya, Abang Nak Tegur  versi 2.0 duet bersama isterinya, Datin Nur Shahida di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 da dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum pada awal Disember yang usianya hampir sebulan.

Dalam pada perkembangan mengenai lagunya Aliff menegaskan dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu atau kontroversi ketika menjalani penggambaran video muzik lagu Abang Nak Tegur di Sepanyol baru-baru ini.

Aliff tertekan ketika begnya dicuri pada hari pertama penggambaran video muzik di Sepanyol.

Menurutnya, dia berasa tertekan apabila begnya dicuri pada hari pertama berada di negara tersebut menyebabkan secara tidak sengaja memarahi Nur Sajat.

“Hari pertama penggambaran dah kena rompak. Tak kan kes polis pun saya nak buat drama. Saya ada laporan polis.

“Sejujurnya, ia bukan semata-mata drama atau sengaja nak timbulkan kontroversi. Sepanjang di sana saya sedih. Mungkin terlalu tertekan menyebabkan secara tidak sengaja saya memarahi Sajat.

“Tapi netizen dah mengecam saya seperti kami melakukan zina di sana,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff memberitahu dia telah kerugian hampir RM400,000 selepas begnya dicuri. Selain wang tunai, usahawan itu turut kehilangan kad kredit, kad pengenalan dan jam tangan mewah jenama Cartier.

Selain itu, timbul kontroversi apabila video Aliff memarahi Sajat menjadi tular di laman Sosial dan rata-ratanya menganggap ia hanya drama atau lakonan mereka untuk mempromosikan lagu.

Lagu versi duet bersama Sajat sudah dilancarkan pada 24 November dan mendapat kritikan hebat. 

Lagu versi 2.0 bersama Shahida pula dilancarkan pada 13 Disember lalu.

Aliff Syukri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain