suria

Nabila Razali, Aedy Ashraf Putus Cinta Hanya 'Drama'

Nabila Razali mengaku dia dan Aedy Ashraf tidak bercinta.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nabila Razali meminta para peminat agar tidak terpedaya dengan status kononnya dia putus cinta dengan Aedy Asfraf kerana ia hanya satu 'drama' rekaan sahaja.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Razali, 25, berkata, status berkenaan sengaja direka semata-mata bagi mempromosikan video muzik terbaharunya Pematah Hati yang menampilkan Aedy sebagai model klip berkenaan.

“Sebenarnya dalam masa tiga minggu saya digosipkan becinta dengan Aedy membuatkan saya tertekan selepas menerima pelbagai kecaman peminat yang tidak setuju hubungan berkenaan.

“Peminat-peminat Aedy marah dan patah hati apabila melihat foto mesra kami serta menyangka kami benar-benar bercinta.

Heboh kononnya Nabila Razali dan Aedy Ashraf putus cinta tetapi itu semua 'drama' mereka sahaja.

"Dalam tempoh itu ramai yang hantar mesej saya secara peribadi meluahkan rasa kecewa dan berkata saya tidak layak untuk dia," ujarnya kepada mStar Online.

Nabila Kongsi Video Sedih, Kecewa Dengan Aedy?

Nabila ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video Pematah Hati yang diadakan di Red Box Plus, di sini, Rabu.

Pelakon Hikayat Cinta Pematah Hati itu berkata, dia tidak berniat untuk mempermainkan perasaan peminat, sebaliknya mahu mereka menjiwai lagu itu dengan cara tersebut.

Malah dia berasa lega kerana dapat menjelaskan status sebenar hubungannya dengan Aedy iaitu sekadar untuk promosi muzik video lagu baharunya.

Dalam pada itu, Nabila berkata, muzik video yang diarahkan oleh dua pemuda berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka Storytellrs memberi sentuhan bertaraf antarabangsa.

"Perjalanan muzik video ini juga menarik apabila kami bertemu dengan dua backpackers dari Romania tersebut yang bersetuju untuk bekerjasama dalam penghasilan muzik video ini.

"Semua idea dalam muzik video adalah daripada mereka sendiri dan ia siap sepenuhnya hanya dalam tempoh hanya dua minggu," ujarnya.

Nabila Razali, Aedy Ashraf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain