suria

Pelakon Baru Abil Terima Padah Tayang Badan

Abil akui terima mesej lucah daripada pengikut Instgaram.

GARA-GARA sering memuat naik foto-foto tayang badan di Instagram, pelakon baharu Mohd Qabil Ramaruzaman mengakui sering menerima mesej berbaur lucah.

Mohd Qabil atau lebih mesra disapa Abil, 30, ini berkata, dia juga menerima mesej-mesej peribadi yang menawarkan pelbagai perkerjaan semata-mata untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

"Dalam sepuluh mesej yang masuk, tujuh daripadanya pengikut lelaki sejenis yang ingin berkenalan. Ada juga yang cuba menawarkan saya untuk membintangi drama dan jadi model pakaian mereka.

Abil bersama dengan pelakon veteran Fauziah Nawi.

"Namun, apabila saya menolak permintaan... mereka pun senyap sahaja bersama tawaran itu," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, kata Abil, dia cuba menolak permintaan berkenaan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon drama Raisha ini berkata, dia kini sedang mengambil beberapa kelas lakonan dengan aktres Fauziah Nawi.

Katanya, kemunculan pelakon-pelakon baharu sepertinya membuatkan saingan terlalu sengit.

Abil bersama Diana Danielle dalam drama Raisha.

"Ramai sangat pelakon saya baru macam saya, jadi saya ambil inisiatif untuk pergi ke kelas-kelas lakonan agar tidak nampak kosong.

"Saya akui dalam cerita Raisha saya agak kaku kerana drama itu adalah drama pertama saya. Babak pertama saya perlu berdialog dengan Diana Danielle, memang mengigilah lutut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Abil berkata, dia juga bakal keluar dengan drama Syurga Yang Kedua dan Sejadah Untuk Dia yang bakal ditayangkan di Astro Oasis tidak lama lagi.

Qabil, Raisha, Dendam Aurora, Abil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain