suria

Pelakon Raline Shah Dilantik Pengarah AirAsia Indonesia

Raline dikatakan telah dilantik sebagai Pengarah baru di PT Indonesia AirAsia.

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes mengumumkan syarikat penerbangan tersebut melantik pelakon Raline Shah sebagai pengarah baharu PT AirAsia Indonesia. 

Menurut laporan The Star, pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagramnya pada Isnin dengan memuat naik foto bersama pelakon tersebut. 

"Pengarah baru di AirAsia Indonesia @ralineshah. Bijak kreatif rendah diri. Jawatan yang sudah bersedia untuk syarikat kami di IPO," tulis Tony. 

Namun begitu, Tony tidak menyatakan posisi jawatan sebenar yang dipenuhi Raline. Wakil dari AirAsia Indonesia, Baskoro Adiwiyono juga tidak memberi maklum balas terhadap persoalan tentang pelantikan pelakon wanita itu. 

Foto bersama Raline yang menimbulkan persoalan tentang jawatan sebenar pelakon tersebut. Foto Instagram: @tonyfernandes.

Raline dilahirkan di Jakarta pada 4 Mac 1984 dan menetap di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. 

Dia merupakan pelakon dan model terkenal. 

Kehadirannya mula disedari sejak memasuki pertandingan Putri Indonesia pada tahun 2008 dan memenangi anugerah peserta paling digemari. 

Antara filem yang dibintangi Raline iala 5 CM, 99 Cahaya Di Langit Eropa, Supernova dan terbaru Surga Yang Tidak Dirindukan 2 yang ditayangkan pada awal tahun ini.

Wanita berusia 33 tahun ini telah menamatkan pelajaran di National University of Singapore dalam jurusan Ijazah Muda Sastera Sains Politik.

Syarikat penerbangan Malaysia ini merancang untuk menggabungkan perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

Namun, menurut laporan Kompas.com, rancangan ini tidak selaras dengan peraturan di Indonesia. 

AirAsia kini mempunyai cawagan di Indonesia, Filipina dan Thailand. Manakala lokasi bagi pusat utama penerbangan ini terletak di Kuala Lumpur. 

Sumber: Jakarta Post / Rangkaian Berita Asia / 

Raline Shah, Tony Fernandes, AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain