Anak Muda Tak Faham, Tegur Ahmad Idham

Ahmad Idham tak sangka poster filem terbarunya menarik perhatian ramai.

MASIH belum ditayangkan di pawagam namun Pencuri Hati Mr Cinderella yang diarahkan oleh Ahmad Idham mula mendapat kritikan pedas daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan rekaan poster filem itu.

Tidak cepat melatah dengan kecaman tersebut, Ahmad Idham, 45, bagaimanapun optimis dengan pandangan negatif tersebut dan menganggap netizen yang menyelar poster berkenaan tidak faham dengan idea yang cuba disampaikan.

"Saya tidak salahkan mereka yang cuba memberi pandangan pada poster itu kerana segelintir anak muda mungkin tidak faham akan fenomena drama Cinderella pada tahun 1998 dahulu.

"Hakikatnya semasa cadangan pembikinan poster ini memang saya hendak sedikit sentuhan 'old school'.

"Maklumlah saya pula berlakon dan judul Cinderella ini memang sinonim dengan watak Salman lakonan saya 20 tahun lalu," katanya.

Poster filem arahan dan lakonan Ahmad Idham dikritik teruk oleh netizen. 

Diadaptasi daripada drama Cinderella (1998) dan filem Impak Maksima (2007), ia menampilkan barisan pelakon seperti Haliza Misbun, Atikah Suhaime, Datuk Eizlan Yusof, Faye Kusyairi, Hairul Azreen, Cat Farish dan Kuza.

Ia bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 10 Ogos ini.

Dalam pada itu, Idham berkata, dia sebenarnya gembira dengan respon orang ramai terhadap filem ini sehinggakan reka bentuk posternya menjadi pertikaian.

Malah katanya, ramai pihak tampil memberikan cadangan agar pihaknya melakukan penambahbaikkan terhadap poster itu agar kelihatan lebih menarik dan terkini.

"Poster filem Pencuri Hati Mr Cinderella dikecam sejak minggu lalu dan ramai berpendapat ia ketinggalan zaman dan dihasilkan pereka grafik tidak berpengalaman.

"Bagi saya poster hanyalah poster tetapi lebih penting pengisian cerita dalam filem membuktikan aura fenomena kisah cinta akan berlaku melalui respon diterima ketika tayangan perdana tempoh hari," katanya.

Ini bukan kali pertama filem arahan Idham dilanda kontroversi apabila poster filem Minah Moto turut berhadapan isu sama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain