suria

Cuba Teka Siapa Wani Kayrie, Mana Syuhada?

Syuhada (kiri) dan Wani Kayrie (kanan) sentiasa menyokong karier seni masing-masing. Foto SAHAR MISNI

SEKALI pandang nampak sama, dua kali pandang memang serupa! Agak keliru dibuatnya apabila bertemu dengan penyanyi Wani Kayrie dan Syuhada kerana berwajah seiras.

Tetapi bagi Wani, dia tidak kisah apabila ada orang menyamakan wajak mereka malah ada peminat keliru dengan memanggilnya nama Syuhada.

Wani juga tidak melihat ia sebagai satu isu sebaliknya apabila perbandingan itu dibuat, ia memberi publisiti kepada karier mereka berdua.

"Memang ramai orang cakap wajah kami sama malah saya sendiri mengakui perkara itu sampai ada peminat keliru yang mana satu Wani dan Syuhada.

"Pada saya tiada isu pun sebaliknya saya lihat perbandingan ini mampu menimbulkan topik dan perbualan yang sekali gus memberikan publisiti kepada karier kami," katanya.

Ramai mengatakan wajah Syuhada (kiri) dan Wani mempunyai persamaan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 17 tahun ini berkata, ia tidak menjejaskan hubungan akrab mereka memandangkan dia sudah mengenali Syuhada sebelum gadis itu bergelar artis lagi.

Malah kata Wani, mereka juga adalah artis bawah syarikat Suria Records (SRC) dan sentiasa menyokong karier masing-masing.

"Jika hendak tahu, semasa kami mula-mula menyertai keluarga SRC memang imej kami sama, lagilah membuatkan wajah kami nampak seiras.

"Ketika itu bagi mengelakkan orang lebih keliru, Syuhada menukar gaya rambut pendek manakala saya kekal dengan rambut panjang bagi mengelakkan kekeliruan," jelas Wani.

Dalam perkembangan lain, Wani kini sedang giat membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mempromosikan single terbaharunya, Aku Suka Kamu.

Wani Kayrie, Syuhada

Artikel Lain