suria

“Itulah Mulut Puaka… Mulut Manusia” – Aliff Syukri

Inilah Dodi, kucing yang didakwa netizen kononnya didera Aliff Syukri.

DULU dia dituduh oleh netizen kononnya membela haiwan eksotik tanpa permit sah sehingga diserbu Jabatan Perhilitan. Terbaharu jutawan kosmetik ini dikatakan sengaja menyeksa haiwan peliharaannya pulak!

Haiii... ada sahaja yang tak kena netizen ni. Apa cerita ni Datuk?

Aliff Syukri pada Khamis memuat naik satu video menerusi Instagram khas kucingnya iaitu @kucingajaib menyelar dakwaan sesetengah pihak yang tanpa bukti menuduh dia telah mendera kucing peliharannya bernama Dodi.

Video berdurasi 50 saat ini antara lainnya menunjukkan Alif sambil berbaring menegur sikap sesetengah netizen yang mendakwa dia sengaja membiarkan kucingnya itu dibela di dalam tandas sempit sekali gus menyeksa haiwan itu.

jangan kata saya ni jahat pada binantang ok????

A post shared by Kucing Ajaib (@kucing_ajaib) on

"Ni saya nak beritahu pada yang sedap-sedap mengecam kononnya kucing saya terseksa dan teraniaya kerana dibiarkan duduk di dalam tandas sempit.

"Korang tunggu lagi dua tiga bulan bila resort saya siap, saya buat satu rumah besar buat Dodi macam dalam zoo untuk tontonan ramai. Waktu tu orang-orang kecam saya tu barulah terbeliak mata.

"Masa ni waktu aku buat kebaikan tak nak pulak korang komen. Waktu aku buat keburukan, bukan main komen... itulah mulut mulut puaka, mulut manusia," katanya dalam nada menyindir.

Dodi ditempatkan sementara di dalam tandas sementara menunggu rumahnya siap di kediaman baru jutawan kosmetik itu.

Tambah Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman ini lagi, dia menempatkan kucingnya di dalam tandas hanya untuk sementara waktu sementara menunggu resortnya siap dan pihak Jabatan Perhilitan sendiri sudah dimaklumkan mengenai hal tersebut.

"Yang penting tandas itu selesa, bersih. Dah, Jangan duk kecam-kecam!" katanya.

Dodi merupakan kucing dari baka Savannah Cat yang dibeli Aliff Syukri dengan harga RM30 ribu pada April 2016.

Pada ketika itu Dodi berusia tiga bulan.

Datuk Aliff Syukri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain