suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Radin Lepas Rindu Di Pusara

Radin beraya tanpa ayah sejak enam tahun lalu. FOTO IG Radin_era

PENYAMPAI radio Era FM iaitu Radin memberitahu perkara paling dirindui setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah menziarahi kubur Allahyarham bapanya.

Radin, 27, berkata, ia merupakan perkara wajib yang dilakukan pada setiap tahun sejak bapanya meninggal dunia enam tahun lalu.

"Satu perkara yang paling saya nantikan ialah untuk menziarahi pusara ayah saya selepas solat Aidilfitri.

"Arwah ayah saya meninggal ketika umur saya 21 tahun, enam tahun beraya tanpa dia sangat berbeza dan sedih.

"Saya sentiasa rindu suasana beraya bersama arwah kerana dulu malam raya akan ada acara berkumpul untuk masak dan makan bersama seluruh ahli keluarga," ujarnya.

Radin bersama peminat-peminatnya.

Selain itu, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi berkata, perkara lain yang dinantikan ialah untuk bertemu saudara mara yang jauh dan dekat.

"Ini masanya untuk berjumpa saudara mara, kadang-kadang ada yang duduk dekat tapi masing-masing sibuk dengan kerja," ujarnya.

Dalam pada itu, Radin berkata, dia akan pulang ke Ipoh, Perak bagi menyambut hari raya bersama keluarga selama tiga hari sahaja.

Dia juga merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka jika berkesempatan.

Radin Era

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain