suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 23 Tahun Isteri Baharu Jamal Abdillah

Jamal Abdillah mengesahkan sudah berkahwin pada 1 April lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memilih wanita berusia 23 tahun sebagai isterinya yang dilangsungkan pada 1 April lalu.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan berkongsi lanjut tentang butiran majlis perkahwinan kali keempatnya itu.

Difahamkan, isteri penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu berasal dari Kulim, Kedah.

Inilah isteri Jamal

“Alhamdulillah, benar saya sudah bernikah, doakan yang baik-baik buat rumah tangga saya.

"Maaf saya tidak mahu berkongsi lanjut. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” jawabnya ringkas kepada mStar Online.

Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Isteri pertamanya ialah Basariah Abdul Latiff (bercerai), kedua, Noraina Mohd. Yusof (bercerai) dan ketiga, Fatimatuzahrah Samad (bercerai).

Beliau memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani daripada perkahwinan ketiga.

Jamal Abdillah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain