Astro Jamin 'Gema Gegar Vaganza' Patuh Landasan Islam

Azmi daripada kumpulan Caliph Buskers antara 10 peserta yang berentap dalam program Gema Gegar Vaganza.

PETALING JAYA: Pihak Astro akan memastikan program Gema Gegar Vaganza (GGV) mematuhi dan menghormati batasan-batasan ditetapkan agar ia tidak lari daripada landasan Islam.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pihaknya mengambil kira setiap aspek berhubung penerbitan pertandingan nyanyian lagu-lagu berunsur ketuhanan itu dalam menjaga sensitiviti masyarakat.

"Menghasilkan program ini adalah cabaran kerana konsep program hiburan Islamik tidak pernah lagi kami hasilkan sebelum ini.

"Apa yang boleh dijanjikan adalah Gema Gegar Vaganza akan mematuhi dan menghormati batasan bagi sebuah program Islamik walaupun ia berbentuk hiburan dalam menjaga sensitiviti masyarakat.

"Ini termasuklah pergaulan di antara hos dan peserta termasuk pemilihan lagu agar ia sesuai dengan konsep pertandingan.

"Tujuan kami adalah untuk menyampaikan dakwah dan mesej positif dengan menggunakan pendekatan baru bagi menarik penonton khususnya golongan muda dalam mendekati agama," katanya kepada mStar Online.

Mirwana antara mendapat perhatian penonton.

Raqim mengulas mengenai kritikan hebat segelintir pihak terhadap konsert minggu pertama Sabtu lalu yang merasakan GGV mempunyai banyak kelemahan termasuk tidak berlandaskan Islam yang sebenar.

Malah ada yang mempertikaikan pemilihan lagu untuk konsert minggu kedua yang rata-ratanya karya dari genre rock dan bukan lagu nasyid.

Menjawab mengenai perkara itu, Raqim berkata, tema yang diangkat pada minggu kedua adalah Dalam Lagu Ada Makna dan walaupun kebanyakan lagu bukan nasyid ia masih berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian.

"Pemilihan lagu itu adalah sebagai satu cabaran kepada peserta tetapi seperti tema minggu kedua iaitu Dalam Lagu Ada Makna, semua lagu yang dipilih ada maksud tersirat walaupun ia bukan daripada genre nasyid.

"Bagaimanapun pihak produksi terbuka terhadap sebarang perubahan daripada segi susunan lagu dan lirik oleh peserta sekiranya merasakan ia tidak bersesuaian," katanya.

Lagu yang bakal dipersembahkan 10 peserta pada konsert minggu kedua itu nanti adalah Hijjaz (Srikandi Cintaku;Bloodshed), Azmi Saat (Redha;Irfan Haris), Hafiz Hamidun (Relakan Jiwa;Hazama), UNIC (Hijau Bumi Tuhan;XPDC) dan Mirwana (Satu;Dewa 19).

Raqim Ahmad.

Manakala Wani (Bila Diri Disayangi;Ukays), Saujana (Ketulusan Hati;Anuar Zain), Ana Raffali (Suci Dalam Debu;Iklim), Izam EYE (Seruan;Lefthanded) dan Bienda (Sejati;Faizal Tahir).

Dalam pada itu, Raqim berkata, GGV bukan sahaja ingin memartabatkan irama nasyid di kalangan penonton yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu tetapi juga memberi peluang kepada artis nasyid dalam menghidupkan kembali karier seni mereka.

"Kejayaan Gegar Vaganza yang memperlihatkan karier artis-artis lama kembali menyinar kami di Astro tergerak hati untuk melakukan perkara sama terhadap penyanyi nasyid.

"Bagaimanapun kami perlu mencipta satu platform baharu untuk penyanyi nasyid kerana tidak sesuai rasanya mereka hendak sertai Gegar Vaganza.

"Sebab itu kita wujudkan Gema Gegar Vaganza sebagai ruang kepada mereka merancakkan kembali karier seni menerusi lagu-lagu nasyid," jelasnya.

Gema Gegar Vaganza didakan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, setiap Sabtu pada pukul 9 malam. 

Ia turut disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106).

Gema Gegar Vaganza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain