suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazama Sah Suami Genervie Kam

Hazama selamat bergelar suami Genervie.- FOTO HLIVE

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam atau nama sebenarnya Kam Shi Ling dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Pasangan itu diijab kabul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Orchid Villa, dekat sini.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi, 33, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Genevie, 36.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Difahamkan Genervie memeluk agama Islam sejak beberapa bulan lalu dengan memilih untuk mengekalkan nama asalnya.

Hazama dan Genervie ini menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun lalu.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada malam ini (Ahad) di lokasi yang sama.

Hazama

Artikel Berikut

Artikel Lain