Jari Amyra Rosli Hampir Dijahit Kerana Lakukan Kerja Rumah

Amar dan Amyra Rosli semakin bahagia melayari alam perkahwinan.

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin mengakui panik apabila jari telunjuk isterinya, aktres Amyra Rosli cedera ketika wanita berkenaan sedang melakukan kerja rumah baru-baru ini.

Amar atau Amar Mohd Baharin, 31, berkata, Amyra mengalami kecederaan itu ketika sedang cuba membuka satu bungkusan plastik menggunakan pisau sebelum ia terkena jari tangan kanannya sehingga berdarah.

"Saya jadi panik kerana lukanya agak besar dan darah tidak berhenti mengalir dan mengambil keputusan membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Doktor mahu menjahit bahagian luka itu kerana ia agak teruk tetapi Amyra menolak kerana berasa takut dan sebagai penyelesaian doktor menggunakan gam khas untuk mencantumkan kembali kesan luka yang terkoyak," katanya kepada mStar Online.

Amar panik apabila jari telunjuk tangan kanan isterinya luka.

Pasangan suami-isteri itu ditemui pada kempen Warnai Hidup Baru oleh Nippon Paint Malaysia yang diadakan di sini, Selasa lalu.

Dalam pada itu, Amyra berkata, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya untuk melakukan kerja rumah, sebaliknya kini semakin mahir memasak untuk suaminya.

Kata Amyra, walaupun masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebagai isteri, namun pengalaman menolong ibunya di dapur sebelum ini banyak membantu dirinya.

"Saya tidak belajar memasak secara khusus tetapi melakukannya dengan cara tersendiri berbekalkan pengalaman membantu ibu di dapur sebelum berkahwin.

"Selain itu saya banyak mencuba resepi sendiri mengikut apa yang terlintas di fikiran dan alhamdulillah setakat ini suami kata sedap dan menepati seleranya," katanya.

Bercakap mengenai kempen Warnai Hidup Baru oleh Nippon Paint Malaysia, pasangan ini mengakui berbesar hati apabila dipilih menjadi selebriti pertama menjayakan program itu.

"Apa yang kami diberitahu pemilihan kami adalah berdasarkan perubahan fasa kehidupan kami yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga dan ia selari dengan kempen yang sedang dijalankan oleh pihak Nippon Paint Malaysia," katanya.

Bilik Amyra yang dicat oleh Amar menggunakan Nippon Paint.

Tambah Amar lagi, kempen itu memberi peluang kepadanya untuk membuat kejutan kepada Amyra dengan menghias dan mewarnakan bilik di kediaman mereka menggunakan warna-warna dari koleksi dipanggil Momento Special Effect Nippon Paint.

"Tak sangka usaha saya untuk menggembirakan isteri berhasil apabila dia menitiskan air mata apabila melihat hasil kerja tangan saya menghias sebuah bilik mengikut konsep yang diminatinya.

"Saya sengaja memilih rona lembut seperti ungu dan merah jambu untuk warna dinding menyamai bilik asal di rumah keluarganya agar dia berasa seperti dirumah sendiri," jelasnya.

Pihak Nippon Paint Malaysia juga turut memuat naik gambar dan video aksi pasangan ini di laman web www.nipponpaint.com.my/paint-new-happiness.

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain