Harith Iskander Akui Tak Berniat Pilih Kasih - Hiburan | mStar

Harith Iskander Akui Tak Berniat Pilih Kasih

Harith Iskander bersama trofi kemenangannya pada pertandingan Funniest Person in the World yang berlangsung di Finland pada Sabtu lalu. Foto AZHAR MAHFOF/THE STAR

SEPANG: Juara pertandingan Funniest Person in the World, Harith Iskander menjelaskan dia tidak berniat untuk bersikap pilih kasih apabila mendedikasikan kemenangannya kepada peminat di Johor menerusi entri di Instagram miliknya pada Isnin lalu.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Harith, 49, berkata, entri berkenaan sebenarnya ditujukan kepada komuniti dalam talian dan blogger di negeri itu yang banyak membantunya membuat hebahan tentang pertandingan tersebut kepada penduduk Johor.

"Sebelum ini saya ada memuat naik video untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong saya dan mengundi tetapi mungkin mereka tidak nampak.

"Malah ketika saya menerima hadiah kemenangan, saya mengibarkan bendera Malaysia sehingga mengejutkan penonton kerana pemenang sebelum ini tidak berbuat demikian.

"Sebenarnya status berkenaan adalah untuk bloger dan komuniti dalam talian di Johor yang banyak membantu saya membuat hebahan tentang pertandingan itu dikalangan penduduk di negeri itu," katanya.

Harith bersama isterinya, Dr. Jazemine Lim.

Harith ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Findland kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.

Dalam pada itu, Harith berkata, dia tidak berkecil hati apabila kenyataannya itu disalah anggap oleh sesetengah pihak kerana menyifatkan ia perkara biasa yang berlaku dalam media sosial.

"Apa sahaja yang kita muat naik di laman sosial pasti akan ada pihak cuba manipulasi dan ia perkara biasa walaupun itu bukan niat saya.

"Kerja saya sebagai pelawak adalah untuk menyatukan semua orang, bukan memecah-belahkan. Jika itu pandangan mereka sudah tentu saya berasa sedih," jelasnya.

Pelawak yang telah berada dalam industri ini lebih dari 25 tahun itu berjaya mengalahkan 88 pelawak dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan itu.

Peserta perlu melalui pelbagai peringkat sebelum dipilih sebagai finalis menerusi undian dalam talian.

Harith berjaya mengalahkan empat peserta lain yang turut layak ke peringkat akhir iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Pelawak terkenal ini bakal mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat.

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM444,845).

Sementara itu, bercakap mengenai perancangannya selepas ini, Harith berkata, dia berharap dapat mengembangkan karier seninya di Amerika Syarikat (AS), selain mempromosikan Malaysia kepada dunia.

Untuk jangka masa terdekat ini, Harith memberitahu dia akan mengadakan persembahan jelajah di AS sebagai salah satu cara mempromosi dirinya kepada peminat.

"Sebenarnya penganjur bijak kerana mereka hanya akan bayar wang kemenangan saya itu apabila saya ke Amerika untuk mengadakan persembahan.

"Ikutkan perancangan saya akan muncul dalam 10 persembahan dan setiap satu acara saya akan dibayar AS$10,000.

"Mungkin itu cara mereka untuk memastikan saya datang ke Amerika untuk mengadakan persembahan jelajah itu," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain