Bakal Berduet Dalam Konsert, Afgan Yakin Kredibiliti Fazura - Hiburan | mStar

Bakal Berduet Dalam Konsert, Afgan Yakin Kredibiliti Fazura

Afgan bakal berduet dengan Fazura dalam konsert jelajahnya, Sides di Miri, Sarawak pada 24 Disember ini.

PETALING JAYA: Bintang terkenal Indonesia Afgan yakin dengan kredibiliti Fazura sebagai penyanyi apabila mereka bakal berduet pada konsert jelajah Sides yang akan diadakan di Miri, Sarawak.

Afgan atau Afgansyah Reza, 27, berkata, walaupun kemampuan Fazura sebagai penyanyi pernah dipertikaikan namun dia melihat gabungan mereka itu nanti sebagai peluang wanita itu membuktikan bakatnya kepada peminat.

"Tidak adil untuk terus menilainya hanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya sebagai penyanyi juga bukan selalunya sempurna ketika mengadakan persembahan dan seharusnya dia diberi peluang untuk membuktikan diri.

"Saya yakin dengan kredibilitinya sebagai penyanyi walaupun kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Afgan menang trofi Personaliti Luar Negara Melodi pada Anugerah Melodi 2016 baru-baru ini.

Konsert jelajah tersebut bakal diadakan di Stadium Bandaraya Miri, Sarawak pada 24 Disember ini.

Selain Miri, Afgan akan mengadakan sebuah lagi konsert di Johor Bahru pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, ditanya tentang pemilihan Fazura, Afgan berkata, ia dibuat oleh pihak penganjur yang ingin menggandingkan mereka.

Kata Afgan, sebelum bersetuju dia terlebih dahulu mendengar lagu nyanyian Fazura selain menonton muzik video penyanyi itu di Youtube kerana bersikap selektif berhubung penyanyi yang akan bekerjasama dengannya.

"Saya belum memilih lagu apa yang bakal kami persembahkan tetapi pastinya ia bersesuaian dengan vokal Fazura.

Fazura.

"Walaupun agak bimbang kerana belum pernah bertemu dengannya tetapi pihak penganjur ada menghantar lagu dan muzik video nyanyiannya untuk saya dengar," ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai konsert itu, Afgan berkata, dia bakal menyampaikan 20 lagu menerusi persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu.

Dalam perkembangan lain, Afgan mengakui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang anugerah Personaliti Luar Negara Melodi, Anugerah Melodi 2016 baru-baru ini.

Kata Afgan lagi, kemenangan itu disifatkan Sebagai mewakili artis dari negaranya yang berjaya diterima peminat di Malaysia.

Afgan , Fazura , Sides

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain