suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Billboard Senarai 'Chapters' 10 Album R&B Terbaik 2016

Album penyanyi Yuna tersenarai sebagai 10 album R&B terbaik 2016 oleh carta Billboard.

KUALA LUMPUR: Carta Billboard menyenaraikan album terbaharu penyanyi Yuna iaitu Chapters sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang 2016.

Yuna, 30, menerusi status di Twitter miliknya pada Ahad mengumumkan berita gembira itu.

"Album saya Chapters antara satu daripada 10 album R&B Terbaik 2016. Pilihan pengkritik...Terima kasih @billboard," tulisnya.

Selain daripada Yuna, antara nama besar lain yang turut tersenarai adalah Beyonce, Rihanna dan John Legend.

Chapters turut menampilkan single seperti Places to Go, Lanes dan lagu hit, Crush duet bersama Usher. - BERNAMA

Yuna, Chapters, Billboard

Artikel Berikut

Artikel Lain