Kurang Publisiti, Tiz Zaqyah Guna Media Sosial Dekati Peminat

Tiz Zaqyah menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk dekati peminat.

PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah tidak berasa terkilan apabila kurang mendapat publisiti di media sejak kebelakangan ini kerana lebih selesa memberi fokus kepada kariernya.

Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 27, sebaliknya berkata dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi aktiviti terbaharunya dengan peminat walaupun dilihat jarang muncul dikhalayak ramai.

Sebaliknya kata Tiz, dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi perkembangan terbaharunya dengan peminat.

"Saya sebenarnya ada sahaja tetapi saya akui memang jarang menghadiri acara hiburan dan sebab itu jarang ada publisiti mengenai saya.

"Tambahan pula pada kebanyakan masanya saya sibuk di lokasi penggambaran kerana fokus saya adalah kerja.

Tiz fokus kepada kariernya sebagai pelakon.

"Tetapi itu bukan satu masalah kerana dengan zaman media sosial sekarang saya masih boleh memberitahu peminat terntang perkembangan terkini saya," katanya.

Dalam pada itu, Tiz berkata, dia juga tidak bimbang popularitinya semakin tenggelam kerana perkara itu bukan lagi menjadi keutamaannya.

Sebaliknya kata Tiz, pada tahap ini dia yakin namanya akan sentiasa diingati oleh peminat sekiranya dia tampil dengan lakonan berkesan dan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

"Tidak mengapa jika tidak popular tetapi cukuplah jika peminat mengingati hasil lakonan cemerlang saya dalam drama yang menampilkan saya," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kehidupan peribadi, Tiz berkata, fokusnya kini adalah kepada kariernya seni dan masih belum berfikir tentang soal perkahwinan.

"Saya tiada komen mengenai kekasih atau status saya kini cuma apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang fokus saya adalah karier.

"Soal teman lelaki atau kahwin, kalau ada jodoh, Insya-Allah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tiz berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Lara Cinta Amina untuk siaran TV3.

Tiz Zaqyah, ASK2016

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain