Ummi Nazeera Bakal Ada Kekasih Hati - Hiburan | mStar

Ummi Nazeera Bakal Ada Kekasih Hati

Pelakon Ummi Nazeera menegaskan dia masih memegang status solo selagi belum berkahwin. Foto FAIHAN GHANI

KUALA LUMPUR: Pelakon Ummi Nazeera mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menegaskan hubungan berkenaan masih dalam peringkat berkawan.

Ummi, 26, berkata, dia menemui lelaki berkenaan selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda berkenaan setahun lalu.

"Apa yang boleh saya katakan saya masih solo selagi belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

"Bagaimanapun saya akui sedang berkenalan dengan seorang lelaki dan kami bertemu melalui keluarga," katanya kepada mStar Online.

Ummi ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Bisik Pada Langit yang diadakan di The Gardens, Rabu.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut dibarisi pelakon seperti Jalil Hamid, Beto Kusyairi, Fadilah Mansor, Erwin Dawson dan Naim Daniel.

Dalam pada itu, Ummi berkata, masih terlalu awal untuk bercakap lanjut mengenai hubungan tersebut kerana ia masih terlalu awal.

Pun begitu kata Ummi, dia berjanji akan memaklumkan sekiranya dia merancang untuk berkahwin.

"Kalau saya mahu berkahwin saya akan maklumkan kepada semua tetapi bukan tahun ini," katanya.

Bisik Pada Langit yang mendapat sentuhan pengarah Kabir Bhatia.

Sementara itu, bercakap mengenai Bisik Pada Langit, Ummi berkata, dia teruja dapat kembali bekerja dibawah Kabir selepas kali terakhir menerusi Nur Kasih.

Selain itu katanya, dia tertarik dengan jalan cerita filem televisyen berkenaan kerana ia memaparkan kisah yang menyentuh perasaan iaitu di antara bapa dan anak.

"Watak saya tidak berat tetapi jalan ceritanya sangat menyentuh hati yang mengangkat kisah anak dan bapa.

"Ada pengajaran yang boleh dikutip oleh penonton tambahan pula ia adalah arahan Kabir yang kita tahu dia adalah seorang pengarah berbakat besar," katanya.
Ummi Nazera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?