suria

'Kereta Kita' Drama Terbaik ASA 2016

Drama Kereta Kita arahan Feroz Kadir berjaya memenangi kategori Drama TV Terbaik dan Pengarah Drama Terbaik. -ROHAIZAT MD DARUS/The Star

KUALA LUMPUR: Drama Kereta Kita diangkat sebagai Drama TV Terbaik pada Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016) yang berlangsung di Dewan Perdana Angkasapuri, di sini, malam Sabtu.

Drama lakonan Zamarul Hisyam, Nadia Aqilah, Syukri Yahya dan Amyra Rosli itu sekaligus menewaskan saingan terdekatnya Lorong Kecil Ke Syurga.

Drama yang ditayangkan di TV3 itu turut  meraih kemenangan bagi kategori Pengarah Drama Terbaik menerusi Feroz Kadir.

Manakala, aktres Fauziah Datuk Ahmad Daud dipilih sebagai Pelakon Wanita Drama TV Terbaik dan Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik  dimenangi oleh Nasir Bilal Khan kedua-duanya menerusi drama Harus Terpisah.

Fauziah Ahmad Daud penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik.

Sementara itu, pelakon cilik Azuan Fitri pula diumumkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik menerusi drama Penyabung (TV1).

Pelakon Komedi TV Terbaik dimenangi oleh Kazar Saisi menerusi drama Jaga Depa Sat yang ditayangkan di TV3.

Selain itu, Pengacara Kamarul Bahrin Haron daripada Astro Awani pula diumum sebagai Pengacara TV Terbaik dan Wartawan TV Terbaik.

Pada majlis itu, dalam kategori radio, Drama Radio Terbaik dan Skrip Drama Radio Terbaik dimenangi oleh Ai FM.

Datuk Rahim Razali penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2016.

Selain itu, aktor Fizz Fairuz meraih kemenangan dalam kategori Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik menerusi drama Seindah Langit Ramadan (Ikim FM) dan Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik dimenangi oleh Elly Mazlein menerusi drama Detik Itu yang disiarkan di Radio Klasik.

Acara gilang-gemilang pada malam Sabtu, telah dihoskan oleh Muaz Muhamad dan Nana Mahzan.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi dan sijil ASA 2016.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti  Stacy, Altimet, Salamiah Hassan, Tomok, Hyper Act, dan Noraniza Idris.

Kaza penerima trofi Pelakon Komedi Terbaik.

Selain itu, Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2016 diterima oleh Datuk Rahim Razali.

ASA 2016 disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV1, Astro Ria dan Tonton.

Terdahulu, malam pembukaan pada Jumaat, menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan apabila meraih 11 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan.

Berikut senarai keseluruhan pemenang ASA 2016 malam Sabtu:

1. Pesanan Khidmat Awam (PSA) Radio Terbaik : Jackson Tan (One FM)

2. Rancangan Hiburan Radio Terbaik : Rosli Derani (Radio Klasik)

3. DJ Radio Wanita Terbaik : Oii Yin Yin (One FM)

4. DJ Radio Lelaki Terbaik : Liang Kim Loong (Ai FM)

5. Skrip Drama Radio Terbaik : Yong Siew Hong (Ai FM)

6. Drama Radio Terbaik: Soh Chin Chuan (Ai FM)

7. Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik : Fizz Fairuz (Ikim FM)

8. Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik : Elly Mazlein (Radio Klasik)

9. Pengimbangan Muzik Terbaik : Anugerah Meletop Era (Astro Ria)

10. Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik : Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor (TV1)

11. Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik : Anugerah Meletop Era (Astro Ria)

12. Majalah TV Terbaik : Xplorasi Merapoh Episod 3 (TV1)

13. Buletin Berita TV Terbaik : Nasional 5 (TV1)

14. Penyampai Berita TV Terbaik : Shahril Sarapudin (TV1)

15. Wartawan TV Terbaik : Kamarul Bahrin Haron (Astro Awani)

16. Komedi TV Terbaik : Mail & Sudin Sambut Ramadan (Astro Oasis)

17. Hiburan Muzikal TV Terbaik : International Super Star Grand Final 2015 (Astro Vinmeen)

18. Pelakon Komedi TV Terbaik : Kazar Saisi (Jaga Depa Sat)

19. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik: Azuan Fitri (Penyabong)

20. Pengacara TV Terbaik : Kamarul Bahrin Haron (Astro Awani)

21. Skrip Drama TV Terbaik : Mohd Syukri Mohd Sidek ( Lorong Kecil Ke Syurga )

22. Drama TV Bersiri Terbaik : Heykal Hanifah (Wadi)

23. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik : Fauziah Dato Ahmad Daud (Harus Terpisah)

24. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik : Nasir Bilal Khan (Harus Terpisah)

25. Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2016 : Datuk Rahim Razali

26. Pengarah Drama TV Terbaik : Feroz Kadir  (Kereta Kita)

27. Drama TV Terbaik : Kereta Kita
Anugerah Seri Angkasa 2016

Artikel Lain