suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmil Mustapha Dimasukkan Ke Hospital Langkawi Kerana Sesak Nafas

Azmil dimasukkan ke hospital selepas ditemui lemah di bilik penginapan di Langkawi.
PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal menerusi filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha, 63, dimasukkan ke Hospital Langkawi, Kedah pada petang Ahad selepas mengadu sesak nafas.

Pelakon popular era 80-an itu dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua selepas mengadu lemah dan menggigil di bilik penginapannya, di Langkawi.

Azmil dirawat di unit rawatan kecemasan hospital itu kira-kira pukul 1 pagi selepas mengalami sesak nafas sebelum dibenarkan keluar wad pada pukul 4 pagi Ahad.

Bagaimanapun, dia dimasukkan semula 12 jam kemudian selepas mengalami sesak nafas sekali lagi.

Azmil berada pulau ini sejak empat hari lalu bagi menyampaikan siri ceramah agama di beberapa surau termasuk di Kampung Lubuk Setol, Bayas dan Kedawang, Langkawi.

Azmil dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa ini, namun bergantung pada kesihatannya.

Sebelum ini, pada 14 Januari lalu, pelakon ini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya akibat sakit jantung.
Azmil Mustapha

Artikel Lain