"Tawaran Berlakon Kurang Selepas Tutup Aurat" - Mia Sara - Hiburan | mStar

"Tawaran Berlakon Kurang Selepas Tutup Aurat" - Mia Sara

Mia Sara Nasuha. Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha mendedahkan sejak dia membuat keputusan menutup aurat dengan bertudung, tawaran lakonan yang diterimanya semakin berkurangan.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, bagaimanapun akur dengan perkara itu kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan sejak membuat keputusan berkenaan pada Disember tahun lalu.

"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya kepada mStar Online.

Mia ditemui pada majlis pelancaran Cereal-Caliph Nutrion For Eyes di Flora Terrace baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata Mia, dia bersyukur apabila rezekinya dapat dilihat menerusi bidang perniagaan yang diceburinya di mana sambutan jualan tudung miliknya iaitu MS Couture sangat menggalakkan.


Mia dan Fynn bersama pengarah Urusan Raffelinna, Muhammad Rafi’e Ramli pada pelancaran Cereal-Caliph Nutrion For Eyes.
.
"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran," tuturnya.

Sementara itu, kata Mia, perubahan imejnya itu juga disifatkan sebagai satu keputusan yang sangat tepat apabila dia tidak lagi dikutuk rakan-rakan sekolah seperti yang sering dilaluinya sebelum ini.

"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.

"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.

"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mia sehingga kini masih lagi merupakan duta kepada produk makanan tambahan Caliph bersama penyanyi Fynn Jamal yang dilantik sebagai duta kecil.

Caliph merupakan produk syarikat  Raffelinna Sdn Bhd.
Mia Sara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Hubungan Istimewa Aizat & Aisyah Aziz

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain