DJ Lin Jalin Hubungan Cinta Dengan Peminat - Hiburan | mStar

DJ Lin Jalin Hubungan Cinta Dengan Peminat

DJ Lin mengakui sedang bercinta dengan peminat setianya.

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan sejak sebulan lalu.

Lin, 40, berkata, lelaki berkenaan merupakan peminat setia segmen kendaliannya iaitu Suria Cinta dan hubungan mereka mula intim selepas beberapa kali bertemu.

"Dia seorang peminat saya dan kami mula berjumpa di sebuah majlis.

"Selepas beberapa kali berjumpa, hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhannya berkawan dengan saya," katanya.

Lin ditemui pada majlis pelancaran Eh Eh Bazaar di Restoran Hadramawt, di sini pada Khamis.

Bagaimanapun kata Lin, masih terlalu awal untuknya mengulas lebih lanjut mengenai perhubungan itu memandangkan masing-masing masih mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini.

Namun, Lin mengakui dia kini cukup bahagia dan gembira sejak mengenali lelaki itu lebih-lebih lagi mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang diinginkan.

"Saya seorang wanita yang mudah tersentuh dan sensitif, tetapi dia pandai mengambil hati saya semula.

"Tambah pula dia seorang lelaki yang prihatin dan budiman. Bukan senang nak cari lelaki sepertinya pada zaman ini," ujarnya.

Dalam pada itu, sebagai seorang ibu tunggal kepada seorang anak yang melalui pelbagai pengalaman pahit dan getir, dia tetap berhati-hati dan menyiasat latar belakang lelaki tersebut.

"Sudah semestinya saya berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Cuma harap perhubungan ini menjadi. Dan saya rancang untuk berkahwin pada tahun ini sekiranya diizinkan Allah," tuturnya.

DJ Lin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?