suria

Nazim Othman & Bella Dally Bertunang 14 November Lalu

Nazim dan Bella selamat bertunangn pada 14 November lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Nazim Othman mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan aktres Bella Dally nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 26, pada 14 November 2015 lalu.

Majlis pertunangan tersebut berlangsung secara sederhana di kediaman wanita tersebut di Kota Kinabalu, Sabah.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 32, menerusi laman sosial Instagramnya pada Jumaat berkata, dia melamar pelakon wanita itu ketika menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi, Oktober tahun lalu.

"Pada 26 Oktober lalu, ketika menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi saya bertanya kepada Bella sama ada dia sudi untuk menjadi isteri saya. 

"Alhamdulillah, dia setuju dan pada tanggal 14 November 2015, ketika saya berada di Korea untuk penggambaran sebuah drama, keluarga saya menemui keluarga Bella di Kota Kinabalu dan bermula hari itu dia adalah tunangan saya," ujarnya.

Nazim turut berkongsi detik manis ketika melamar Bella Dally.

Dalam pada itu, Nazim berkata, tarikh pernikahan mereka akan diumumkan selepas semua persiapan untuk majlis istimewa tersebut selesai dilakukan.

Sementara itu, Nazim turut berkata, dia tidak berniat merahsiakan perkara tersebut, namun tiada wartawan yang bertanya tentang perkara itu sebelum ini.

"Saya ditanya oleh pihak wartawan tentang perkara itu hari ini dan saya rasa ini masa yang sesuai untuk beritahu berita ini kepada umum.

"Bukan saya ingin merahsiakan perkara ini, namun tiada wartawan yang bertanya tentang pertunangan itu sebelum ini," ujarnya.

Nazim turut memohon agar peminat-peminatnya mendoakan agar rancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Bella Dally dipermudahkan.

Pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2013, namun mengumumkan sudah berpisah pada Mac 2014 atas sebab tertentu.

Nazim Othman, Bella Dally

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain