Lima Artis Terima Anugerah Ikon Juara Lagu - Hiburan | mStar

Lima Artis Terima Anugerah Ikon Juara Lagu

Antara artis dan mereka yang terlibat dalam AJL-30 yang akan berlangsung pada 24 Januari 2016. Foto LOW BOONT TAT

PETALING JAYA: Bersempena dengan Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30), lima artis terpilih menerima penghargaan Anugerah Ikon AJL.

Lima penggiat seni berkenaan ialah Francissca Peter dan Manan Ngah menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran yang merupakan Juara Lagu pertama pada tahun 1986, Search, kumpulan pertama menjuarai AJL menerusi lagu Isabella (1989) dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyanyi paling banyak menjuarai acara tersebut.

Turut menerima anugerah itu ialah Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Hairul Anuar Harun sebagai pencipta lagu etnik kreatif untuk Cindai (1998) dan Balqis (2000) manakala Joe Flizzow dan SonaOne merupakan pemenang AJL 29 selaku penyanyi dan pengkarya untuk lagu hip hop pertama diangkat menerusi lagu Apa Khabar (2014).

Mereka menerima anugerah tersebut pada sidang media AJL 30 Raikan 3 Dekad Mencipta Fenomena di Hotel Royale Chulan Damansara di sini pada Selasa. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, Rangakaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Ahmad Izham (kanan) dan kumpulan Search.

Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, anugerah tersebut diberikan bagi menghargai penggiat-penggiat seni yang pernah terlibat dalam AJL sekali gus menaikkan nama acara berkenaan.

"Bersempena dengan tiga dekad penganjuran AJL, saya rasa lebih baik kita memberi penghargaan kepada artis-artis yang banyak memenangi anugerah serta mengharumkan acara berprestij itu.

"Saya harap, anugerah seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya," katanya.

Dalam pada itu, Sherina berkata, AJL 30 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2016 juga akan menampilkan kelainan daripada segi persembahan pelbagai artis undangan dan jangka masa acara tersebut mungkin akan dipanjangkan.

Acara berprestij itu juga akan tampil dengan penuh gimik dan lebih hebat berbanding penganjuran sebelum ini.

"AJL30 adalah acara yang besar kerana sudah tiga dekad penganjuran dan saya percaya penonton juga mengharapkan sesuatu yang lebih pada acara itu nanti. Insya-Allah AJL 30 lebih luar biasa berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

AJL 30 akan menampilkan 12 buah lagu terbaik iaitu Sampai Mati  (Hazama),  Potret (Akim & The Majistret), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Biarkanlah (Drama Band), Hanya Namamu (Caliph Buskers) dan Knock Knock (Elizabeth Tan).

Turut dipertandingkan Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff), Mana Mungkin (Black Hanafiah), Not For Sale (Stacy) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).

AJL 30 akan diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Januari dan bakal dihoskan oleh Fara Fauzana dan AG Hot FM.

Anugerah Juara Lagu , AJL 30

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain