suria

Tiada Dendam, Azwan Kombos Rancang Hadir Nikah Nad Zainal

Nad Zainal dan Faliq akan disatukan pada 18 Disember ini.
PETALING JAYA: Pelakon Azwan Kombos berhasrat untuk menyaksikan detik-detik indah pernikahan bekas keaksinya iaitu aktres Nad Zainal pada Jumaat ini jika ada kelapangan.

Azwan, 29, berkata, dia turut gembira dan mengucapkan tahniah kepada Nad kerana menemui seorang lelaki yang benar-benar sesuai dengannya.

"Dia ada menghantar mesej WhatsApp menjemput saya hadir majlis kahwinnya, Insya-Allah jika tiada hal lain saya akan datang majlis itu.

"Majlis itu berlangsung malam 18 Disember yang mana 19 Disember itu hari lahir saya, mungkin juga ada majlis sambutan hari lahir bersama kawan-kawan pada malam tersebut, kita tengok macam mana nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Azwan diminta mengulas tentang majlis perkahwinan bekas kekasihnya pelakon Nad Zainal dengan pekerja belakang tabir Muhammad Faliq pada 18 Disember ini.

Azwan rancang tamat zaman bujang dengan Ezzaty pertengahan tahun depan.

Sementara itu, Azwan berkata, dia dan aktres tersebut sudah berdamai dan tidak menyimpan dendam selepas kegagalan percintaan mereka.

Dia dan Nad kini sudah menerima kenyataan dan mempunyai kehidupan bersama pasangan masing-masing.

"kami sudah move on, kami sudah ada kehidupan baru dengan pasangan masing-masing. Saya pun tidak menyimpan dendam pada dia.

"Kontroversi yang berlaku hanya penyebab yang kami tiada jodoh. Sekarang kami berkawan seperti rakan artis yang lain," ujarnya.

Sementara itu, Azwan berkata, dia juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun depan bersama kekasihya Ezzaty Abdullah.

Katanya, pada usia sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia menjalani kehidupan berkerluarga," ujarnya.

"Saya juga ada perancangan untuk berkahwin, Insya-Allah pertengahan tahun depan," ujarnya.

Azwan Kombos, Nad Zainal

Artikel Lain