suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maria Farida Selamat Bernikah Dengan Datuk Rahman

Maria Farida bersama suaminya Datuk Rahman. FOTO daripada Instagram Tiara Jacquelina.

KUALA LUMPUR: Pelakon Maria Farida, 45, selamat bernikah dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Rahman pada petang Khamis.

Perkara tersebut didedahkan menerusi laman sosial Datin Seri Tiara Jacquelina yang hadir pada majlis pernikahan tersebut di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini.

Desas-desus tentang majlis perkahwinan pelakon wanita tersebut tersebar sejak awal bulan lalu. Namun, Maria enggan mengulas tentang perkara berkenaan.

Maria bersama rakan artis yang hadir pada majlis pernikahannya iaitu Tiara (dari kanan) dan Fasha Sandha. Foto ini petikan daripada Instagram Fasha.

Pelakon drama Datin Ghairah itu sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai anak lelaki Mizan Ashley yang kini berusia 18 tahun hasil perkahwinan pertama.

Turut hadir dalam majlis itu ialah aktres Fasha Sandha.

Maria bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Maria Farida

Artikel Lain