suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reen Rahim Berjaya Elak Dipalit Kontroversi

Reen Rahim. Foto HAZIQ HAZIMI

PETALING JAYA: Pelakon Reen Rahim menganggap sikapnya yang tidak mengikut budaya barat dan jarang keluar rumah membuatkan dia sukar terpalit dengan kontroversi.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim, 27, berkata, perkara itu membuatkan dia berasa lega tetapi sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara buruk boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Sebenarnya saya tidaklah terlalu berjaga-jaga. Cuma habis kerja sahaja, saya akan balik rumah dan meluangkan masa dengan ibu dan keluarga.

"Saya tetap lepak dengan kawan-kawan. Mungkin saya kurang kontroversi kerana saya tidak terlalu kearah hidup cara Barat. Mungkin... saya tak pasti," katanya kepada mStar Online.

Reen Rahimbakal muncul menerusi filem Mirip pada 5 November ini.

Bagaimanapun tambahnya, sebagai seorang artis, dia menjaga reputasi bukan kerana mahu dipandang tinggi masyarakat, sebaliknya demi menjaga nama baik ibu-bapanya.

Sementara itu, kata Reen, dia bersyukur, walaupun tidak terlalu popular seperti artis lain, namun tawaran lakonan tidak pernah putus sehingga kini.

Malah dia tidak berkira dengan apa-apa tawaran yang diberi walaupun kebanyakan watak yang ditawarkan adalah antagonis.

"Memang dari dulu lagi saya banyak dapat tawaran antagonis. Nak buat macam mana dah muka saya memang nampak garang. Tetapi saya tetap menerimanya kerana menyifatkan ia adalah satu rezeki buat saya.

"Apa-apapun saya suka juga watak jahat ni. Sebab tak semua orang boleh buat muka jahat. Hahaha..." selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Reen bakal muncul di saluran RTM menerusi drama Imam Dari Kaherah dan Jalan Sehala.

Selain itu, Reen bakal muncul menerusi filem Mirip bersama barisan pelakon Fezrul Khan dan Ezzaty Abdullah pada 5 November depan.
Reen Rahim

Artikel Lain