suria

Instagram Ronaldo Jadi 'Buruan' Gara-Gara Status Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza mengakui beliau juga peminat Ronaldo.
PETALING JAYA: Gara-gara Datuk Siti Nurhaliza menulis satu ucapan pada status gambar bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo, Instagram pemain Real Madrid itu menjadi “buruan” rakyat Malaysia.

Ronaldo pada Selasa telah memuat naik gambarnya dalam sebuah kereta yang turut memberi gambaran mahu menaiki pesawat  ke suatu destinasi.

Foto yang dimuat naik itu mendapat banyak komen peminatnya termasuklah Datuk Siti Nurhaliza yang menulis “safe flight dear” iaitu semoga bintang itu selamat dalam penerbangan.

Status Siti itu kemudiannya menjadi viral sehingga menyebabkan posting Ronaldo mendapat perhatian peminat-peminat Siti Nurhaliza.

Status pada gambar Ronaldo ini mendapat perhatian Siti Nurhaliza sehingga peminat-peminat penyanyi itu turut mencari komen yang ditulis oleh Siti.
Foto Ronaldo berbaju kot itu sehingga Rabu mendapat lebih 952,000 likes dan lebih 10,439 komen termasuklah daripada peminat Malaysia yang ingin mencari komen Siti Nurhaliza.

Menerusi foto berkenaan, peminat Malaysia turut menulis ucapan mengambil apa ditulis Siti iaitu “safe flight dear” selain beberapa persoalan lain dalam Bahasa Malaysia.

Ramai peminat turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mencari perkataan ditulis Siti itu disebabkan terlalu banyak komen yang mencecah puluhan ribu.

Sementara itu Siti Nurhaliza menerusi salah  satu komen menjawab pertanyaan peminatnya berkata, dia pun peminat Ronaldo dan mendoakan keselamatan bintang bola sepak dunia itu.

Dalam satu mesej kepada mStar Online Siti meluahkan rasa kagum dan hormat kepada bintang dunia itu kerana tingkah laku yang ditunjukkannya terhadap masyarakat serta umat Islam.

"Sebab itu kita support (sokong) dia, dan doakan dia selamat," ujar Siti ringkas.

Gambar berkenaan dimuat naik Ronaldo yang ketika itu dalam perjalanan dari Sepanyol ke Sweden untuk menyertai saingan kumpulan A, Liga Juara-Juara Eropah yang akan diadakan pada awal pagi Khamis.

Ronaldo mempunyai lebih 31.2 juta pengikut Instagram.
Siti Nurhaliza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain