suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaclyn Victor Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Jaclyn Victor selamat melahirkan bayi lelaki pada Isnin lalu. Foto ARKIB THE STAR.

PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu.

Jaclyn, 36, menerusi laman Facebooknya pada Khamis memberitahu, bayi yang masih belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

"Bayi kami selamat dilahirkan pada 24 Ogos lalu dengan berat 3.48 kilogram namun masih memikirkan nama sesuai untuknya," katanya.

Jaclyn atau lebih mesra dengan sapaan Jac berkahwin Shawn Rivera, 41, yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat.

Majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Jaclyn turut memberitahu dia dan suaminya gembira dengan kelahiran anak mereka dan memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.

"Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat.

"Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami," katanya.

Jaclyn Victor.

Artikel Lain