suria

Filem 'Gila Baby' Ungguli Anugerah Lawak Warna 2015

Khabir Bhatia menerima trofi Filem Komedi Terbaik menerusi filem Gila Baby pada Anugerah Lawak Warna 2015 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada malam Jumaat.

SERDANG: Filem terbitan Grand Brilliance berjudul Gila Baby diumumkan sebagai Filem Komedi Terbaik pada Anugerah Lawak Warna 2015 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, Jumaat.

Pengarahnya, Khabir Bhatia pula berjaya membawa pulang trofi Pengarah Komedi Terbaik (Filem) menumpaskan calon lain seperti Mamat Khalid, Bernard Chaully dan Ismail Bob Hashim.

Khabir bersama Alfie Palermo turut menerima anugerah Lakon Layar dan Skrip Komedi Terbaik (Filem) menerusi karya sama.

Datuk AC Mizal dipilih sebagai pemenang Pengacara Lawak TV Paling Popular.

Tambah manis, kedua-dua pelakon utamanya iaitu Nadiya Nisaa dan Beto Kusyairi menerima trofi Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik (Filem).

Dalam pada itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada AR Badul yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap industri televisyen dan filem komedi sepanjang 40 tahun sebagai anak seni.

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan termasuk 13 kategori yang diadili menerusi penjurian profesional manakala empat berdasarkan pilihan peminat.

Trofi Pelakon Drama Komedi TV Terbaik milik Jihan Muse.

Sementara itu, kategori televisyen pula menyaksikan trofi Telefilem Komedi Terbaik dimenangi oleh Jihan Nak Buat Rumah Terbuka terbitan KL Motion Pictures.

Pengarahnya, Syed Khairul Farez pula menerima trofi Pengarah Komedi Terbaik (TV).

Bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik (TV) dimenangi oleh Sharnaaz Ahmad (Suamiku Encik Sotong) dan Jihan Muse (Jihan Nak Buat Rumah Terbuka).

Sharnaaz Ahmad menang kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) menerusi drama Suamiku Encik Sotong.

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri pula dimenangi program Karoot Komedia X S3 manakala Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri milik Super Spontan 2014 (Akhir).

Keluarga Iskandar 2 pula menerima trofi Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri).

Dalam perkembangan sama, bagi kategori popular peminat memilih Datuk AC Mizal sebagai Pengacara Lawak TV Paling Popular manakala Sepahtu dipilih sebagai penerima trofi Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular.

Pelakon Komedi Wanita Terbaik milik Nadiya Nisaa.

Pelawak Jep Sepahtu berjaya mengekalkan kemenangannya menerusi kategori Artis Lawak Lelaki Popular buat kali ketiga manakala Sharifah Sakinah juga mengekalkan trofi kemenangannya pada kategori sama.

Anugerah Lawak Warna 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz manakala Jihan Muse dan Syuk Balas sebagai pengacara Karpet Merah.

Antara artis yang tampil mengadakan persembahan adalah Bunkface, Douglas Lim, Bora, Bocey, Zainal Abidin, Black, Rahim R2 dan Afdlin Shauki.

Anugerah Lawak Warna 2015 disiarkan menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada pukul 9 malam.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Lawak Warna 2015:

Kategori Terbaik

Filem Komedi Terbaik

* Gila Baby - Grand Brilliance

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

* Khabir Bhatia - Gila Baby

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

* Beto Kusyairy - Gila Baby

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

* Nadiya Nisaa - Gila Baby

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)

* Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby

Telemovie Komedi Terbaik

* Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri

* Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB)

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri

* Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)

* Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)

* Mazlan Manan - Cinta Kedua

Pengarah Komedi Terbaik (TV)

* Syed Khairul Farez - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

* Sharnaaz Ahmad - Suamiku Encik Sotong

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

* Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

* Sepahtu

Pengacara Lawak TV Paling Popular

* Datuk AC Mizal

Artis Lawak Wanita Paling Popular

* Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular

* Jep Sepahtu

Anugerah Khas Juri

* AR Badul

Anugerah Lawak Warna 2015

Artikel Lain