Adi (6ixth Sense) Mohon Status PR Selepas Kahwin - Hiburan | mStar

Adi (6ixth Sense) Mohon Status PR Selepas Kahwin

Adi 6ixth Sense
PETALING JAYA: Penyanyi berasal dari Indonesia, Adi (6ixth Sense) bercadang untuk memohon status penduduk tetap (PR) di negara ini selepas melangsungkan perkahwinan dengan wanita tempatan pada tahun depan.

Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo berkata perkara tersebut sudah lama dirancang, namun terpaksa ditangguhkan kerana dia masih tidak jelas dengan prosuder yang perlu dilalui.

"Saya memang ada perancangan untuk buat permohonan tersebut tetapi banyak produser yang masih saya tidak tahu. Ada segelintir rakan-rakan menyuruh saya mohon selepas berkahwin.

"Insya-Allah, lepas berkahwin tahun depan saya akan lakukan, lagi pun bakal isteri saya orang tempatan dan mungkin lebih memudahkan untuk saya buat permohonan itu," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, bercerita tentang kekasihnya yang mahu dikenali sebagai Annes, Adi berkata dia sudah setahun menjalinkan hubungan cinta dengan wanita berusia 21 tahun itu.

Katanya, dia sudah pun berjumpa keluarga wanita tersebut dan merancang untuk berumah tangga pada tahun depan.

"Annes dari Kuala Lumpur dan kami bercinta sudah setahun dan memang merancang untuk berkahwin pada tahun depan jika tiada halangan.

"Kami pilih tidak bertunang sebab bertunang banyak dugaan. Jadi, terus nikah saja," ujarnya.
Adi 6ixth Sense

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus