suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shiha (Mentor) Terima Tawaran Lepas Lakonan Dikecam

PETALING JAYA: Penyanyi Shiha (Mentor) menganggap kritikan terhadap lakonannya dalam drama terbaharu Abang Sado Kau Ado arahan Shuhaimi Lua sebagai pembakar semangat untuk dia terus aktif dalam bidang lakonan. 

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 28, berkata, disebabkan perkara tersebut juga membuatkan pihak produksi drama dan stesen televisyen menyedari keupayaannya sebagai seorang pelakon. 

"Pada saya kecaman itu adalah pembakar semangat saya untuk terus berlakon, malah kritikan mereka secara tidak langsung membuatkan pihak-pihak produksi sedar dan melihat saya sebagai pelakon. 

"Walaupun ada yang kecam dan tidak suka lakonan saya dalam drama itu, tapi ada pengarah dan stesen televisyen yang menghubungi saya untuk bertanya tentang drama lain," ujarnya kepada mStar Online.

Shiha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan segelintir pihak di laman sosial terhadap lakonannya dalam drama berjudul Abang Sado Kau Ado yang bersiaran pada 19 hingga 22 Julai lalu di TV3. 

Drama empat episod itu turut dibintangi oleh Adibah Yunus, Izara Aishah dan Sharnaaz Ahmad terbitan A. Aida Productions.

Sementara itu, Shiha berkata, sejak menceburkan diri dalam industri seni, dia tidak pernah peduli tentang pandangan negatif segelintir pihak yang tidak suka cara nyanyian, pengacaraan atau pun lakonannya.

Kata Shiha, dia menganggap perkara tersebut sebagai lumrah sebagai anak seni. 

"Saya dah bersedia kena kritik, sebelum ini masa mula-mula buat pengacaraan dalam Jalan-Jalan Cari Makan juga dikritik tetapi disebabkan itu juga ramai yang nak tengok. 

"Saya tidak kisah pun kalau orang tidak penting tidak suka lakonan atau pengacaraan saya, tapi lebih penting seperti produser atau orang dalam industri menyukainya," ujar Shiha. 
Shiha Mentor

Artikel Lain