suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelagat Anak-Anak Buatkan Nabil Ahmad Hilang Penat

Nabil Ahmad

PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan anak-anaknya iaitu Naira Mikayla, 2, dan Leyla Medyna yang berusia empat bulan ibarat seperti pengubat penat setiap kali pulang daripada bekerja.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, melihat gelagat mereka terutamanya telatah Leyla membuatkan dirinya berasa sangat bahagia dan bersyukur dengan kehadiran dua cahaya mata itu.

"Mereka buatkan saya terus hilang penat. Lebih-lebih lagi sejak Leyla hadir dalam kehidupan keluarga kami, Naira sudah menunjukkan sikapnya sebagai seorang kakak.

Nabil bersama isteri dan anak-anaknya.

"Kadang-kala gelagatnya akan membuatkan saya dan isteri ketawa. Mana taknya, kalau awal dua minggu kelahiran Leyla, dia cukup cemburu.

"Tetapi tidak lama selepas itu, dia yang melebih-lebih jadi kakak. Bayangkan, bila adik dia menangis, dia pula yang beria angkat baju nak bagi susu.

"Ataupun dia akan tanya isteri saya, 'puting mana puting?' jika adiknya menangis," katanya.

Tambah Nabil, sikap Naira yang begitu prihatin terhadap adiknya membuatkan dia bersyukur mempunyai seorang anak yang bijak dan matang berbanding usianya.

Sementara itu, Nabil berkata, kehadiran dua anaknya itu juga membuatkan rezeki keluarganya semakin murah.

"Alhamdulillah, sejak kehadiran mereka dalam kehidupan saya dan isteri, ada saja rezeki yang datang, dalam pelbagai cara.

"Malah persiapan menyambut Hari Raya juga tidak perlu nak pening-pening kerana ada pihak yang menaja baju-baju kami," ujarnya.
Nabil Ahmad

Artikel Lain