suria

Emma Maembong Tidak Kekok Jika Bersama Zizan Razak

Emma Maembong

PETALING JAYA: Perpisahan antara aktres Emma Maembong dan bekas kekasih, Zizan Razak tidak pernah membuatkan kedua-dua mereka kekok untuk bekerjasama.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, walaupun hubungan cinta di antara mereka hanya tinggal kenangan, namun dia tidak mempunyai masalah sekiranya diberi peluang untik bergandingan dalam mana-mana drama atau filem.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya. Kami profesional.

"Lagipun, dalam industri seni kita yang kecil, tiada gunanya untuk bermasam muka antara satu sama lain," katanya kepada mStar Online.

Emma menerusi laporan akhbar pada awal Januari lalu mengesahkan bahawa hubungannya dengan pelawak Zizan Razak sudah pun berakhir namun dia enggan bercerita lanjut punca perpisahan itu.

Sementara itu, Emma menambah, walaupun sudah berpisah sebagai pasangan kekasih, dia tetap menjadi peminat pelawak tersebut.

Mengenai sambutan Syawal, Emma berkata dia terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan sehingga tidak mempunyai masa untuk berfikir mengenai sambutan Hari Raya.

Malah kata Emma, dia hanya dapat bercuti untuk beberapa hari sebelum kembali ke set penggambaran.

"Nak buat macam mana dah rezeki hadir ketika di bulan puasa. Maka saya pun tidak sempat untuk membuat sebaran persiapan Raya. Saya dapat menikmati waktu cuti pun dalam tempoh masa yang sangat pendek ," ujarnya.

Emma Maembong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain