suria

Suria FM Terbit Album 'Keep Calm, Layan Lebaran Raya'

Pelancaran album 'Keep Calm, Layan Lebaran Raya' di KL Sentral pada Jumaat lalu. FOTO SHA'ARI CHE MAT/The Star

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Aidilfitri, stesen radio Suria FM menerbiykan album kompilasi Keep Calm Layan Lebaran Raya.

Album tersebut memuatkan sebanyak 24 buah lagu termasuklah tiga agu baharu iatu Pulanglah, Ku Pohon Restu Ayah Bonda,  nyanyian Adibah Niir dan Asmidar, Mashup-Menjelang Hari Raya/Selamat Hari Raya (Awi Rafael,Payslip dan penyampai radio SuriaFM) serta Sehening Lebaran (Fiq).

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, tiga lagu baru tersebut yakin mampu melonjakkan permintaan terhadap penjualan album raya pada kali ini.

"Susah nak ada album Raya sekarang ini dan Keep Calm Layan Lebaran Suria adalah salah satu cara untuk kita kumpulkan lagu-lagu raya baharu dan lama khas buat pendengar Suria FM," katanya kepada mStar Online.

Adiwati ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran album Keep Calm Layan Lebaran Suria di KL Sentral di sini pada petang Jumaat.

Album tersebut turut mendapat kerjasama daripada syarikat rakaman Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Antara lagu-lagu lain yanh dimuatkan termasuklah Seri Hari Raya (Sweet Charity), Salam Dunia (Datuk M. Nasir), Rindu Di Aidilfitri (Ajai), Selamat Hari Raya (Ning Baizura) dan Senandung Hari Raya (Dayangku Intan).

Album berkenaan kini sudah berada di pasaran dengan harga RM29.90. Selain itu lagu-lagu pada album boleh dibeli menerusi iTunes, Spotify, KKBox, Joox, Raku dan Breezer.

Suria FM

Artikel Lain