suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memori Syawal Idea Broo Twinz Hasilkan Lagu Raya

Broo Twinz tampil dengan single terbaharu berjudul Hari Bahagia Hari Raya.

PETALING JAYA: Pasangan kembar yang menggelarkan diri mereka Broo Twinz iaitu Izzat Ismer Mohd Noor (Ezmir) dan Izzat Izwan Mohd Noor (Ezwan) tampil dengan lagu raya berjudul Hari Bahagia Hari Raya.

Izzat Ismer atau Ezmir memberitahu idea menghasilkan lagu berkenaan berdasarkan tentang ingatan seorang anak kepada ibu bapa mereka yang berada di kampung.

"Lagu ini akan mengimbau pendengar tentang memori indah menyambut Aidilfitri bersama keluarga serta luahan perasaan untuk pulang berhari raya bersama kedua ibu bapa," katanya.

Hari Bahagia Hari Raya digubah sendiri oleh pasangan kembar berkenaan bersama rakan mereka, Aleyz.

Dalam pada itu, Ezmir berkata, mereka tampil dengan idea tersebut kerana ingin menghasilkan sebuah lagu raya yang dapat dirasai oleh pendengar tentang memori bersama keluarga apabila tiba Syawal.

Pernah popular menerusi lagu Saranghaeyo, Ezmir berkata, mereka berharap Hari Bahagia Hari Raya dapat diterima baik oleh pendengar bersempena dengan Aidilfitri tahun ini.

"Kami juga telah melancarkan video lirik lagu tersebut di Youtube dan berharap ia akan dapat diterima ramai," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Broo Twinz dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaharu mereka selepas sambutan hari raya nanti.

Artikel Lain