Zahid Tinggalkan Era FM Bimbang Stesen Radio Lain Tidak Mainkan Lagu - Hiburan | mStar

Zahid Tinggalkan Era FM Bimbang Stesen Radio Lain Tidak Mainkan Lagu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zahid memberitahu dia menamatkan kontraknya selepas empat tahun sebagai penyampai radio Era FM kerana mahu menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian selepas melancarkan single baharunya berjudul Biasa.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 35, berkata, dia mengambil keputusan sendiri untuk berhenti kerana status pekerjaannya di stesen radio akan memberi kesan apabila stesen radio lain enggan memutarkan lagunya atas faktor persaingan.

"Saya sendiri yang membuat keputusan untuk berhenti selepas empat tahun berkhidmat sebagai deejay Era FM kerana saya risau lagu saya tidak akan dimainkan di radio-radio lain.

”Apabila saya menjadi seorang penyanyi dan bekerja di sebuah stesen radio ia akan dilihat sebagai ada suatu persaingan kepada stesen lain, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti," katanya kepada mStar Online.

Zahid ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya bertajuk Biasa, di Souled Out Ampang, Menara Hsc, Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Zahid (tengah) bersama wakil pihak Kopi Wonda pada pelancaran albumnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Dj Fuzz dan kumpulan Viral.

Zahid meninggalkan Era FM pada hujung April lalu.

Sementara itu Zahid berkata, dia mengambil keputusan untuk menyanyi semula kerana ingin memiliki produk sendiri selain ia juga minatnya sejak dulu lagi.

"Sejak tahun lepas ketika masih bersama Era FM saya mula terfikir untuk menjadi seorang penyanyi semula kerana ia merupakan minat sejak dulu lagi dan saya ingin mempunyai lagu sendiri.

"Berat sebenarnya membuat keputusan untuk meninggalkan Era kerana pelbagai pengalaman diperoleh ketika menjadi sebagai penyampai radio namun saya percaya ini semua rezeki yang sudah tertulis," katanya.

Tambahnya, tahun ini merupakan waktu yang ditunggu-tunggu untuk membina semula kariernya  sebagai seorang penyanyi.

Sementara itu bercerita mengenai Biasa, Zahid berkata, single tersebut menceritakan seseorang yang ingin membuat sesuatu perkara terbaik kepada orang lain.

Dalam pada itu, Zahid  bersyukur apabila pemilik jenama Kopi Wonda telah bersetuju mengangkat semula kerjaya muzik Zahid dengan menerbitkan serta menjalankan promosi lagu Biasa.

Ia adalah satu kempen yang dikenali sebagai aktiviti kempen 'Mulakan Semula'.

"Saya berbesah hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Kopi Wanda untuk menghidupkan semula kerjaya nyanyian saya," katanya.  
Zahid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain