Kamal Adli Tolak Sesi Fotografi Bersama Emma Maembong - Hiburan | mStar

Kamal Adli Tolak Sesi Fotografi Bersama Emma Maembong

Emma Membong (kiri) dan Kamal Adli berkata mereka sekadar sahabat baik pada waktu ini. Foto dari Instagram Kamal Adli.
KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli menolak untuk digandingkan dengan aktres Emma Maembong dalam mana-mana sesi fotografi akhbar ataupun majalah selepas gara-gara gosip percintaan mereka berdua.

Kamal, 29, berkata, pendiriannya itu dibuat bagi mengelakkan hubungan mereka terus disalahtafsirkan oleh semua pihak.

"Ada yang minta untuk menggandingkan kami dalam sesi fotografi tetapi rasanya lebih baik kami tidak berbuat demikian.

"Ini kerana nanti akan timbul pelbagai cerita kurang enak seperti mana berlaku sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Kamal ditemui pada majlis pelancaran dua drama terbaharu iaitu Puteri Gunung Ledang dan Jodoh Sebelah Pintu yang diadakan di  Menara Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Kamal Adli

Dua drama berkenaan bakal disiarkan menerusi HyppTV menerusi saluran HyppSensasi (116).

Kamal dan Emma memegang peranan utama dalam drama bersiri Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang yang akan disiarkan pada 29 Julai depan.

Dalam pada itu, Kamal menegaskan hubungannya dengan Emma sekadar teman biasa dan masih terlalu awal untuk bercakap soal cinta.

Bagaimanapun, Kamal tidak menafikan Emma adalah wanita paling rapat dengannya ketika ini dan dia selesa bersahabat dengannya.

"Kami masing-masing ada pengalaman pahit dalam percintaan sebelum ini dan lebih baik kami bersahabat sahaja buat masa sekarang.

"Tidak ada apa yang ingin kami sorokkan pun dan meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Allah," jelasnya.

Sementara itu, Emma yang turut ditemui pada majlis sama senada dengan Kamal namun memberitahu tidak tertekan apabila sering dikaitkan dengan pemuda tersebut.

"Benar kami rapat tetapi sebagai sahabat dan saya senang dengan sikapnya yang sentiasa menjadi diri sendiri," jelasnya.
Kamal Adli , Emma Maembong

Artikel Sebelum

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut